Selasa, 13 Mac 2012

UJIAN ITU TANDA KASIH ALLAH

                                        

Ada berbagai bentuk ujian yang dikurniakan Allah kepada kita, kita tak tahu apa tujuan Allah memberikan kita ujian itu, antara tujuan ujian dari Allah ialah :
  1. Ujian itu untuk meninggikan martabat dan kedudukan kita disisi Allah,kerana dengan ujian kita akan lebih hampir dan sentiasa mengingati Allah.
  2. Ujian merupakan kifarah akan dosa-dosa yang pernah kita lakukan,ianya penebus dosa kita yang lalu.
  3. Ujian itu juga sebagai bala dari Allah dimana ia sebagai pengajaran  buat diri kita dan orang lain.
Semakin sayangnya Allah kepada kita maka kita akan diujinya, kita perlu bersabar dan muhasabah diri,

" apa yang ada takkan kekal lama, apa yang hilang sememangnya bukan milik kita, segalanya kita pinjam,segalanya milik yang Esa"

Cuba kita ingat bila kita susah maka cepat2 rasanya kita nak sembahyang,nak mengaji kenapa waktu senang kita lupa kita alpa.

Ingatlah............