Selasa, 8 Julai 2014

KEHIDUPAN..............

Hari ini Ummi nak berkongsi kisah kebebasan dalam kehidupan.
Kisah berlaku pada 7.7.2014 pada jam 12.15 tengah hari, tepat jam 11.00 pagi telah termaktub tarikh dan jam pembebasan seorang banduan yang disabitkan hukuman penjara selama 16 tahun yang disabitkan kesalahan mengambil dadah jenis heroin. Hasan ( Bukan nama sebenar ) sewaktu itu berumur 29 tahun dan  Hasan kini berumur 45 tahun, Hasan seorang yang dapat dipulihkan dan menjalani hukuman di dalam penjara di sebuah negeri di utara tanahair, alhamdulillah Hasan gigih dan menjadi seorang yang taat kepada perintah agama.
Alhamdulillah Hasan masih mempunyai seorang ibu yang senantiasa mengharapkan pembebasannya suatu hari nanti.
Dengan taqdir Allah Hasan mengidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke hospital, dia mengalami jangkitan yang amat teruk yang membawa kepada koma.
Hari ini 7 Julai 2014 Hasan akan dibebaskan, namun Hasan berada dalam keadaan koma, ibu yang setia menantinya berada bersamanya di hospital untuk menerimanya kembali kepangkuan keluarga. Allah itu lebih mengetahui segalanya,tepat jam 11.00 pagi kenyataan pembebasan telah dibacakan oleh pihak pegawai penjara yang membebaskan Hasan dengan rasminya dan gari ditangannya juga dibuka walaupun dia telah koma,  si ibu menangis tersedu-sedu mengetahui keadaan ini walaupun hanya berada di luar bilik rawatan kerana tidak dibenarkan masuk akibat kuman yang dihidapi Hasan
Alhamdulillah Hasan telah dibebaskan walaupun berkeadaan koma,  Allah mebebaskan jua kehidupan dunianya, tepat jam 12.00 tengahari Hasan telah mendapat Kebebasan Kehidupan yang mutlak, Hasan telah kembali ke Rahmatullah, Hasan telah  menghembuskan hafasnya yang terakhir dalam keadaan kehidupan yang bebas dan dia bebas segala-galanya dari kehidupan dunia..............

Kisah Benar............
Al-Fatihah untuk Hasan yang Bebas di Kehidupan Dunia............