Isnin, 23 Julai 2012

HILANGNYA CINTA HATI RASULULLAH SAW

Siti Khadijah merupakan isteri Nabi Muhammad yang pertama dan yang amat mendampingi beliau dalam perjuangan awal mengembangkan Islam. Apabila Khadijah meninggal dunia, kenangan Nabi terhadap isterinya begitu kental dan tidak boleh di tukar ganti. Secara tiba-tiba, kehidupan beliau menjadi kosong.

Para sahabat yang memerhatikan Nabi sentiasa berada dalam kesedihan dan merasa amat simpati akan nasibnya. Mereka merasakan Nabi perlukan seorang isteri untuk di dampingi di saat susah dan senang. Namun, tidak ada seorang sahabat pun yang berani mengungkapkan idea tersebut kepada Nabi. Akhirnya Haulah binti Hakim al-Salmiyah memohon untuk menemui Nabi dan menyatakan hasrat tersebut.

“Ya Rasulullah, sesungguhnya saya melihatmu seolah-olah berada dalam keadaan kesunyian yang amat sangat setelah ditinggalkan oleh Siti Khadijah,” kata Haulah kepada Nabi.

“Tentulah Haulah. Dia adalah ibu kepada anak-anakku dan ratu rumahtanggaku,” jawab Rasulullah.

Haulah kemuadian dengan berhati-hati bertanya sama ada Nabi berkeinginan untuk menikah lagi.

“Siapakah sesudah Khadijah?” tanya Nabi. Soalan itu adalah sesuatu yang di tunggu-tunggu oleh Haulah. Ia seolah bermakna Nabi mahu menerima kehadiran seseorang disisi.

Dengan secepat kilat Haulah berkata, “Siapakah yang anda kehendaki wahai Rasulullah? Janda atau gadis?”

“Siapa janda yang kau maksudkan dan siapa dara yang hendak kau sebut?” tanya Nabi.

“Dara yang inginku sebut ialah Aisyah binti Abu Bakar, manakala janda ialah Saudah binti Zam’ah. Dia telah beriman kepadamu dan mengikuti ajaran-ajaranmu,” jawab Haulah.

Nabi terdiam. Dia telah memngenali Aisyah sejak kecil dan sesungguhnya peribadinya terletak pada darjat yang paling baik berbanding gadis-gadia yang lain. Dia tahu yang Aisyah seorang gadis yang manis, lincah, cantik dan cerdas serta berani. Nabi malah sentiasa menasihati ibunya, Ummu Ruman untuk menjaga Aisyah sebaik mungkin.

Lalu beliau menerima saranan Haulah dan menyuruh Haulah meminang Aisyah untuknya.


http://kisahseributeladan.blogspot.com/