Isnin, 22 April 2013

BUMI HARI INI,INI HARI BUMI

BUMI INI SEMEMENGNYA TELAH TUA,BAYANGKAN RASULULLAH SAW SENDIRI PERNAH MENYATAKAN BAHAWA USIA BUMI DIUMPAMAKAN SEPERTI SEORANG WANITA TUA YANG TELAH BONGKOK, ITU KISAH RASULULLAH SAW SEWAKTU ISRA DAN MIKRAJ,MAKA DENGAN JARAK MASA KITA BAGAIMANAKAH WANITU ITU JIKA DIIBARATKAN DENGAN BUMI.
MASYAALAH TAKUTNYA,BERMAKNA ALLAH SENTIASA MEMBERIKAN KITA KESEMPATAN UNTUK TERUS BERIBADAT DAN BERTAUBAT.
BERBAGAI-BAGAI AKTIVITI DIJALANKAN KINI KONONNYA UNTUK MENYELAMATKAN BUMI YG KIAN PANAS,ISU PEMUSNAHAN,PEMANASAN GLOBAL DAN PENCEMARAN SETIAP HARI KITA DENGAR.
OLEH ITU JIKA BOLEH BERJIMAT,BERJIMATLAH,BERBELANJA KERANA KEPERLUAN BUKANNYA KEMAHUAN. JIKA BOLEH DIGUNA PAKAI ATAU RECYCLE GUNA SAJA. APA YG ADA DISEKELILING KITA JOM FIKIR DAN MANFAATKAN,JANGAN ASYIK NAK BELI YANG BARU.

JOM TENGOK IDEA YG BOLEH DIGUNAPAKAI :

rekaan kreatif hasil idea kreatif
TENGOK DEPAN BUKU RUPANYA , HE HE BOLEH SIMPAN BARANG EMAS..........

rekaan kreatif hasil idea kreatif
MAU BETAHUN TAHAN NI..........NANGIS TUKANG KASUT

kreativiti kitar semula
BOTOL-BOTOL ,ISH ISH........

kreativiti kitar semula relaks minda
TAK YAH UPAH KOLAM BERIBU2

kreativiti kitar semula relaks minda
MASAALAHNYA RAK KASUT DAH ADA TAPI TAK LETAK JUGAK KAN

APAPUN ATAS KEMAHUAN KITA.

Isnin, 15 April 2013

MY BIRTHDAY : NOW 40 TY

ISH ISH HARINI UMMI DAPAT WISH START DR TGH MLAM JAM 12 SMLM,MAKLUMLAH KEMUDAHAN DAH BANYAK,WHATS UP,VIBER,SMS,FB, SERONOK MEMANG SERONOK TAPI SEBENARNYA TAKUT.................
APA YANG DITAKUTKAN IALAH DUGAAN DAN CABARAN YANG AKAN DATANG, BERIMAN DENGAN QADA DAN QADAR ALLAH,ITU YG DIINGAT TETAPI QADA DAN QADAR ALLAH YANG BAGAIMANA TERTULIS DAN TERMAKTUB BUAT DIRI UMMI.

"YA ALLAH AKU TAHU ENGKAU AKAN BERIKAN UJIAN KEPADA SETIAP HAMBA SELAYAK NYA DENGAN DIRI HAMBA INI "

MALAM NI BILA UMMI GOOGLE ,RUPANYA ADA CERITA 40 NI,JOM BACA :

SUMBER 1 :DARI AL-ISLAM JULAI 2011

Empat puluh bukan sekadar pada usia tetapi banyak yang dikaitkan dengan nombor itu disebut dalam al-Quran dan hadis. Apa rahsia nombor itu maka ia banyak disebut oleh Allah?

Bagi Dr. Faizal Ahmad Shah, nombor 40 ada signifikan di dalam Islam, banyak hadis yang menyebut tentang angka itu dan ia juga di sebut oleh al-Quran. Di dalam al-Quran juga ada banyak ayat yang menyebut tentang 40, yang mana ia tidak terhad pada usia saja tetapi meliputi soal hukuman, ganjaran, tempoh masa dan perkara yang lain.

Misalnya di dalam surah al-Baqarah ayat 51, “Dan (kenangkanlah) ketika Kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi kamu menyembah (patung) anak lembu dan kamu sebenarnya orang orang zalim (terhadap diri sendiri)”.

Pada surah yang lain pula, ada disebutkan tentang 40 yang bermaksud, Allah berfirman, “Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya selama empat puluh tahun, mereka akan merayau rayau dengan binggungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai): maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu.” – Surah al-Maidah ayat 26.

DI dalam ayat itu Allah perintahkan kepada bani Israil untuk memasuki Palestin tetapi mereka menolaknnya. Maka keingkaran itu, Allah membalasnya dengan sesat di padang pasir selama 40 tahun. 

Kemudian ada beberapa ayat lain juga menyebut tentang 40 iaitu di dalam surah al-A’raaf ayat 142 bermaksud, “Dan Kami telah janjikan kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): gantikanlah aku (dalam urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang orang yag melakukan kerosakan.”

Angka 40 di dalam al-Quran menceritakan tempoh masa, hukuman kepada Bani Israel dan tempoh masa Allah janji untuk member Taurat kepada Nabi Musa.Jika diperhatikan hadis pula, angka 40 banyak kali disebut antaranya; daripada Ibnu Abbas r.a Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, “ Mana mana lelaki Muslim yang meninggal dunia, kemudian jenazahnya diuruskan oleh empat puluh orang lelaki yang tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t dengan sesuatu pun, melainkan Allah akan member syafaat.” HR Muslim dan Abu Daud.

Menurut Dr. Faizal, hadis itu menyebut 40, merujuk pada bilangan orang yang menguruskan jenazah dan jenazah tersebut akan diberi syafaat. Kemudian ada juga hadis yang menceritakan tentang dajal. Rasulullah member tahu tentang dajal melakukan kerosakan di bumi iaitu selama empat puluh hari, satu hari sama dengan setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan hari hari berikutnya seperti hari hari kamu.

Di dalam hadis itu angka 40 digunakan untuk memberikan peringatan tentang dajal. Kemudian bercerita tentang balasan, 40 itu digunakan untuk menunjukkan balasan yang didatangkan oleh Allah. 

Misalnya di dalam hadis daripada Abu Juhaym bin al-Harith berkata; “ Sekiranya seorang yang lalu dihadapan orang yang sedang bersolat ini mengetahui apa jenis dosanya (lalu dihadapan orang solat) nescaya dia akan berhenti menunggu empat puluh lebih baik dari lalu di hadapan orang solat ini.

”Menurut Dr. Faizal lagi, angka 40 yang disebut di dalam hadis itu tidak dikatakan ia merujuk kepada 40 hari atau bulan atau tahun , tapi kalau orang tahu tentang semua itu maka mereka tidak akan melakukannya.Di dalam hadis daripada Abu Zar; Saya telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w, “ Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya lagi: “Berapakah jarak kedua diantaranya (tempoh dibina kedua duanya). Balas Rasulullah s.a.w: Empat puluh tahun, dimana sahaja kamu dapat bersolat pada kedua duanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untk mereka yang bersolat di kedua dua masjid tersebut.)” HR sahih Bukhari.

Bukan itu saja, angka 40 juga disebut di dalam menceritakan tentang kejadina manusia yang diceritakan oleh Rasulullah di dalam hadisnya. Daripada Ibnu Mas’ud berkata, “Telah bersabda Rasulullah s.a.w dan dialah yang selalu benar dan dibenarkan. 

“Sesungguhnya setiap orang di antara kamu dikumpulkan pembentukannya (kejadiannya) di dalam rahim ibunya dalam 40 hari berupa nutfah (air mani) kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian menjadi gumpalan seperti sekerat daging, selama itu juga, kemudian diutuslah kepadanya Malaikat, maka ia meniupkan roh padanya dan diperintahkan (ditetapkan) dengan 4 perkara; pertama, ditentukan rezekinya. 

Kedua ajalnya (umurnya), ketiga amalannya (pekerjaanya) dan keempat takdirnya bahagia atau derita.

”APA ISTIMEWANYA 40?

Walaupun demikian banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi yang menyebutkan tentang angka 40, namun tidak ada satu pun nas yang menyebutkan tentang keistimewaannya. 

Dr. Faisal menjelaskan, rahsia 40 tidak disebutkan di dalam al-Quran dan kelebihannya tidak ada, ia sama seperti nombor yang lain.

Apa yang pasti usia 40, melambangkan kematangan. 

Manakala berdasarkan hadis yang menggambarkan hukuman iaitu 40 hari tidak diterima amalannya bagi orang yang berjumpa tukang tilik, ia boleh membawa maksud, 40 hari adalah tahap yang paling maksimum dalam hukuman. 

Begitu juga 40 tahun adalah satu tempoh yang cukup lama dan 40 ganjaran kebaikan adalah symbol pada satu jumlah yang cukup besar dan maksimum sama ada di dalam soal ganjaran atau hukuman.“Memang benar banyak angka 40 disebutkan di dalam al-Quran namun tidak dinyatakan apa rahsianya. Hanya Allah saja yang Maha Mengetahuinya, itu hanya rahsia Allah. 

Jangan sampai diri kita jadi seprti masyarakat Barat dan orang Kristian yang percaya pada nombor yang boleh membawa untung serta rugi kerana ia tidak ada di dalam Islam. Kajian tentang nombor itu tidak dihalang di dalam Islam tapi bukan itu tujuannya nombor itu disebut di dalam al-Quran dan hadis,” tegasnya.

SUMBER KE 2 :


Mengapa umur 40 tahun begitu penting.

Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )

Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kpd masa dewasa penuh. Kenyataan yg paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dgn agama. Seolah2 mcm satu fitrah di usia ini ramai yg mula menutup aurat dan mendekati kuliah2 agama.

Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,

العَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد

"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)

Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”

Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”

Lantas, apa yang harus kita lakukan ketika menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dlm ibadah.





Sabtu, 13 April 2013

ANAK NAKAL..............

Kak , saya malula,saya segan,mana nak letak muka ni,sakit kepala,tak tau apa nak dibuat rasa macam nak tukar anak ke sekolah lain, rasa macam tak bagi anak ke sekolah bekawan dengan orang lain.
Begitulah rintihan dan aduan seorang sahabat tentang anaknya yang dikatakan nakal,tak memberikan perhatian dalam kelas,selalu menganggu kawan dan menyebabkan guru menelefon mengadu tentang anak itu.
Ummi pernah merasai apa yang terjadi,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dulu anak Ummi juga begitau,memang pada permulaannya rasa marah,geram,malu yang teramat sangat tapi bila diingat balik apalah dosa yang dah Ummi dah lakukan sehinggakan anak jadi sedemikaian. Di rumah di depan mata, anak kita ok, mendengar kata,boleh diharapkan, tak pernah menimbulkan kemarahan kita,tapi berlainan caranya di sekolah lepa dari pandangan dan mata kita. 
Bila diingat balik ada beberapa kemungkinan antaranya mungkin dia ingin mencuba sesuatu yang tak dibuat di rumah, atau dia suka bila diulang-ulang marah sebab di rumah ia tak merasainya, ataupun ia rasa ia berkuasa mempunyai kelebihan .
Apapun sabarlah,bawa berbincang antara kita suami isteri, apa tindakan yang perlu kita buat,bawa anak kita bersembang luangkan masa hanya dengan dia,tanya apa dan kenapa,jika  perlu pergi ke sekolah ,jumpa dengan guru kelas, jumpa dengan kawan-kawannya,Ada masa jika berkelapangan pergi ke sekolah anak kita lihat dari jauh,intai, perhatikan dan buat pemantauan.
Yang utama buat solat hajat,tak perlu cari orang,kita buat sendiri,kita yang mengalami kita yang merasai, amalkan doa-doa, berbincang dengan orang yang dirasakan dapat memberikan pandangan,bukan mereka yang akan memanjang-manjangkan cerita kita.
Insyallah Allah memberikan ujian dan dugaan buat kita yang setimpal dengan kekuatan kita.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. ” (Al-Munafiqun: 9)

Jom kita amalkan




Doa ini Ummi betul2 amalkan terutama waktu memasak nasi dan membancuh minuman, Mak Ummi dulu dia buat air mandi pagi-pagi buat kami adik beradik hinggakan kalau mak tak buat tak mau mandi






YA ALLAH BANYAKNYA NIKMAT-MU,
YA ALLAH TAK TERHITUNG KURNIA-MU,
YA ALLAH LUASNYA RAHMAT-MU,
YA ALLAH SAYUPNYA RAHMAN-MU,
YA ALLAH ALHAMDULILLAH