Kisah ini bermula
di sebuah kampung yang terpencil. Di sana terdapat sebuah keluarga yang terdiri
daripada si ayah dan si anak. Hendak dijadikan cerita
bahawa si anak ini adalah seorang yang mempunyai masalah dalam mengawal amarah beliau.
Apabila marah, dia akan memaki-hamun, memarahi orang sekeliling dan tidak
dilupakan melepaskan geram kepada barang statik (melempar, menendang dan
sebagainya).
Melihat keadaan anaknya yang sedemikian, si ayah mengambil inisiatif untuk mengajar anaknya sedikit tentang erti kehidupan. Ayahnya berkata "Anakku, selepas ini, disaat engkau marah, lepaskan amarahmu dengan memaku paku-paku ini pada pokok di belakang rumah kita". Walaupun si anak seorang yang panas baran, namun dia masih taat dan patuh dengan perintah si ayah.
Maka setiap kali si anak marah, si anak akan cepat-cepat pergi ke belakang rumah, membawa paku dan tukul, dan terus melepaskan geramnya dengan memaku pokok tersebut dengan sepuas hati. Perkara ini berulang setiap kali si anak marah dan semakin hari pokok di belakang rumahnya semakin penuh dengan pakuan.Sebulan berlalu dan si ayah melihat si anak sudah semakin bijak mengawal amarah beliau. Si anak mula kurang melepaskan geram pada pokok di belakang rumah begitu juga dengan melepaskan geram kepada orang sekeliling. Melihat keadaan yang positif ini, si ayah pergi kepada si anak dan berkata..
Ayah: Anakku, ayah berbangga dengan engkau.
Anak: Kenapa ayahku?
Ayah: Aku nampak akan perubahan dalam dirimu dalam mengawal perasaan amarahmu.
Anak: Alhamdulillah.. (tersenyum)
Ayah: Sekarang mari ikut ayah..
Si ayah membawa anaknya pada pokok yang dipaku oleh anaknya itu.
Ayah: Anakku, cuba kau lihat, berapa banyak paku yang ada pada pokok ni.
Anak: Banyak..
Ayah: Betul tu. Untuk pengetahuanmu wahai anakku, inilah yang berlaku setiap kali kau melepaskan kemarahan di tempat yang tidak sepatutnya. Setiap paku yang dipaku itu ibarat setiap perbuatan zalim yang telah engkau lakukan. Ianya akan menusuk dalam ke dalam hati orang yang diperlakukan. Ingat, secara langsung atau tidak langsung, pasti ada yang akan terluka dengan pakuanmu itu.
Anak: Tapi aku sudah memohon maaf kepada mereka..
Ayah: Baik. Sekarang engkau cabut semua paku yang ada pada batang pokok ini.
Tanpa banyak soal, si anak mencabut setiap paku yang terdapat pada batang pokok tersebut. Satu demi satu, akhirnya habis semua paku dicabut..
Ayah: Sekarang cuba kau lihat, apa yang ada pada pokok ini.
Anak: Lubang..
Ayah: Benar, inilah kesan pakuan yang telah engkau buat. Biarpun engkau telah mencabut semua paku yang ada, lubang-lubang paku ini tidak dapat engkau tutupi buat selama-lamanya. Begitu juga keadaannya sekarang. Biarpun engkau sudah memohon maaf, meminta ampun dan sebagainya, kesan perlakuan zalimmu itu pasti akan kekal dalam ingatan orang yang diperlakukan. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita, setiap percakapan kita, ianya memberi kesan kepada orang lain. Mereka mungkin memaafkan, namun belum tentu mereka melupakannya..
Anak: ... (tunduk seraya menangis)
Selepas daripada peristiwa itu, si anak kerap kali berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Si anak bimbang tindakannya akan memberi kesan buruk kepada dia dan orang lain..
Sahabat yang dikasihi, kadang-kadang kita lupa
diri apabila nafsu amarah mula menguasai diri kita. Kita cenderung untuk
berkelakuan jahat, berkata perkataan yang menyakitkan hati dan pelbagai lagi.
Ingatlah biarpun orang sudah memaafkan perbuatan kita, di dalam kepala mereka
masih ingat dengan perbuatan yang kita lakukan..Melihat keadaan anaknya yang sedemikian, si ayah mengambil inisiatif untuk mengajar anaknya sedikit tentang erti kehidupan. Ayahnya berkata "Anakku, selepas ini, disaat engkau marah, lepaskan amarahmu dengan memaku paku-paku ini pada pokok di belakang rumah kita". Walaupun si anak seorang yang panas baran, namun dia masih taat dan patuh dengan perintah si ayah.
Maka setiap kali si anak marah, si anak akan cepat-cepat pergi ke belakang rumah, membawa paku dan tukul, dan terus melepaskan geramnya dengan memaku pokok tersebut dengan sepuas hati. Perkara ini berulang setiap kali si anak marah dan semakin hari pokok di belakang rumahnya semakin penuh dengan pakuan.Sebulan berlalu dan si ayah melihat si anak sudah semakin bijak mengawal amarah beliau. Si anak mula kurang melepaskan geram pada pokok di belakang rumah begitu juga dengan melepaskan geram kepada orang sekeliling. Melihat keadaan yang positif ini, si ayah pergi kepada si anak dan berkata..
Ayah: Anakku, ayah berbangga dengan engkau.
Anak: Kenapa ayahku?
Ayah: Aku nampak akan perubahan dalam dirimu dalam mengawal perasaan amarahmu.
Anak: Alhamdulillah.. (tersenyum)
Ayah: Sekarang mari ikut ayah..
Si ayah membawa anaknya pada pokok yang dipaku oleh anaknya itu.
Ayah: Anakku, cuba kau lihat, berapa banyak paku yang ada pada pokok ni.
Anak: Banyak..
Ayah: Betul tu. Untuk pengetahuanmu wahai anakku, inilah yang berlaku setiap kali kau melepaskan kemarahan di tempat yang tidak sepatutnya. Setiap paku yang dipaku itu ibarat setiap perbuatan zalim yang telah engkau lakukan. Ianya akan menusuk dalam ke dalam hati orang yang diperlakukan. Ingat, secara langsung atau tidak langsung, pasti ada yang akan terluka dengan pakuanmu itu.
Anak: Tapi aku sudah memohon maaf kepada mereka..
Ayah: Baik. Sekarang engkau cabut semua paku yang ada pada batang pokok ini.
Tanpa banyak soal, si anak mencabut setiap paku yang terdapat pada batang pokok tersebut. Satu demi satu, akhirnya habis semua paku dicabut..
Ayah: Sekarang cuba kau lihat, apa yang ada pada pokok ini.
Anak: Lubang..
Ayah: Benar, inilah kesan pakuan yang telah engkau buat. Biarpun engkau telah mencabut semua paku yang ada, lubang-lubang paku ini tidak dapat engkau tutupi buat selama-lamanya. Begitu juga keadaannya sekarang. Biarpun engkau sudah memohon maaf, meminta ampun dan sebagainya, kesan perlakuan zalimmu itu pasti akan kekal dalam ingatan orang yang diperlakukan. Ingatlah bahawa setiap perbuatan kita, setiap percakapan kita, ianya memberi kesan kepada orang lain. Mereka mungkin memaafkan, namun belum tentu mereka melupakannya..
Anak: ... (tunduk seraya menangis)
Selepas daripada peristiwa itu, si anak kerap kali berfikir terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu. Si anak bimbang tindakannya akan memberi kesan buruk kepada dia dan orang lain..
Inilah yang membezakan manusia dengan pencipta. Allah sahajalah yang mampu mengampunkan kita dengan sebenar-benar keampunan. Maka, jika kita membuat kesalahan kepada seseorang, mohonlah maaf kepadanya dan juga kepada-Nya. Jika kita yang dizalimi, maafkanlah si pelaku dengan sebenar kemaafan