TIAP KALI MAKAN UMMI AKAN SEBUT KAT ANAK2, WALAUPUN DAH BERULANG KALI DISEBUT,IANYA BUAT PERINGATAN DAN SUNNAH RASULULLAH SAW YG KITA SELALU LUPA :
Rasulullah SAW hanya makan ketika benar-benar lapar dan berhenti sebelum
perut berasa kenyang. Rasulullah SAW mengajar cara untuk makan dan
minum iaitu sepertiga isi perut untuk makanan, sepertiga lain untuk
minuman dan sepertiga akhir adalah untuk udara (nafas). Mengambil
makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan
organ dan sistem pencernaan sehingga menjadi lemah dan tidak mampu
mencerna secara teratur.
Cara Rasulullah SAW duduk ketika makan
adalah seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan. Posisi
ini bukan saja dapat memberi keselesaan pada perut, malah dapat menjaga
keseimbangan ruang dalam perut agar terbahagi kepada tiga bahagian.
1/3
ruang untuk makanan, 1/3 bahagian untuk udara dan 1/3 lagi untuk air.
Di samping itu, Nabi SAW tidak pernah makan dalam keadaan bersandar,
seperti hadis yang diriwayatkan daripada Abu Juhaifah, bahawa Rasulullah
SAW bersabda: “Sesungguhnya aku tidak akan makan dalam keadaan
bersandar.”
Antara sunnah Rasulullah SAW adalah makan menggunakan
tangan kanan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika salah seorang
antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan dengan menggunakan
tangan kanan dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan
tangan kanan.
Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri
dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.” (Hadis riwayat
Muslim). Baginda SAW memakan makanan dengan tiga jari dan selepas
selesai makan, Baginda SAW menjilat ketiga jari tersebut sebelum
membersihkannya.
Hikmahnya, kandungan enzim yang ada pada tangan
atau jari kita tadi akan lebih cepat bercampur dengan makanan dan
seterusnya memudahkan proses pencernaan.
Rasulullah SAW bersabda,
“Apabila seorang daripada kamu sudah selesai makan, jangan dibersihkan
jarinya sebelum dia menjilatnya”. (hadis riwayat Muslim)
Perbuatan
membasuh tangan dan berkumur sebelum dan selepas makan adalah amalan
sunnah yang juga bertujuan untuk membersihkan gigi daripada sisa makanan
dan bakteria. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Berkumur kalian selepas minum susu kerana di dalamnya
mengandung lemak”. (hadis riwayat Ibnu Majah).
Di samping itu,
Rasulullah SAW gemar makan dalam dulang bersama-sama dengan sahabat
Baginda. Ini secara langsung akan menciptakan kemesraan dan meningkatkan
rasa sayang terhadap sesama kita. Malah, amalan makan satu dulang ini
juga akan dapat mengelakkan pembaziran.
Sabda Rasulullah SAW yang
bermaksud: “Berkumpullah kalian dalam menyantap makanan (bersama-sama),
kerana dalam makan bersama itu akan memberikan barakah kepada kalian”
(Hadis riwayat Abu Daud)
Imam Abu Hamid al-Ghazali menyatakan
antara etika makan ialah membicarakan hal yang baik dan menceritakan
kisah orang yangsalih ketika makan. Menurut al-Hafidz dan Sheikhul Islam
Ibn al-Qayyim ra, menyatakan Nabi SAW bercakap dan berbual ketika
makan.
Dalam kitabnya al-Zaad, “Ada kalanya Nabi SAW bertanya
apakah menu pada hari ini dan memuji menu itu.” (Hadis riwayat Muslim).
“Dan ada kala Nabi SAW mengajar adab dan susila makan kepada kaum
keluarganya, ada ketika Nabi SAW sentiasa menggalakkan tetamu beliau
supaya menambah lauk pauk dan minuman.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Ketika
makan jangan terlalu banyak bercakap (melampau batas) atau bercakap
dengan makanan penuh dalam mulut. Jangan juga bercakap mengenai hal yang
boleh menimbulkan rasa jijik atau loya.
Rasulullah SAW juga ada
memberi panduan mengenai cara minum antaranya jangan minum berdiri,
jangan meniup air yang panas, jangan minum daripada bekas air yang
besar, jangan bernafas ketika sedang minum dan minum seteguk diselang
seli dengan bernafas.
Apabila kita minum daripada bekas yang
besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita
tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.
Apabila
kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu Karbon Dioksida yang
apabila bercampur dengan air (H20) dan akan menjadi H2CO3 iaitu sama
dengan cuka yang menyebabkan minuman itu menjadi asid.
Justeru,
amalan pemakanan yang dipamerkan Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan
dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap dan
kelangsungan hidup yang bermutu.
Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan orang yang memahami dan memanfaati nikmat kesihatan yang tidak ternilai ini.
- BERITA HARIAN