Jumaat, 4 Mac 2016

KUNYIT OH KUNYIT

Tetiba malam ni teringat lama tak minum air kunyit ,sedap terasa diminum tambah-tambah letak dalam peti bagi sejuk. Memang besar khasiatnya ,ingat tak kalau berpantang mesti makan kunyit buat ulam, mak oi sedapnya teringat makan nasi waktu dalam pantang, almaklumla mak yang masak, ikan goreng mak yang tersedap di dunia, awat bila goreng sendiri tak sedap, itula yang dikata air tangan mak. Ok Ummi share resepi air kunyit yam yam yam....sedap...kalau nak cantik nak sihat mak bidan pesan banyak makan kunyit,,,,


CARA MEMBUAT JUS KUNYIT :

Kunyit hidup dibersihkan . Blend kunyit dengan 5 gelas air. Masuk dalam periuk, campur gula merah, letak buah manjakani,letak sikit asam jawa, letak gula putih sikit ja, rebus bagi mendidih, sejukkan dan tapis. Simpan dalam fridge. Minum ja, bismillahirrahmanirahim....


Tapi adakata kunyit bagi kurang darah betulka ?????