Kota Pompeii didirikan
sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu
satu kelompok masyarakat ditengah Itali. Berkembang pesat dan maju dari
segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek
kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat
pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan.
Rumah
pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah arca alat
kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.
Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan
kepercayaan Mithra yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan
tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan
ditempat terbuka.
Ibarat balasan ke atas kaum Luth yang
mengadakan hubungan sejenis (Gay dan Lesbian), Pompeii yang merupakan
sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia.
Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi, keadaan di Pompeii (kini satu kawasan
Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba yang lain, penduduknya
bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam
serta bersosial antara satu sama lain.
Tiba-tiba satu kejadian
misteri melanda kota sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya
lenyap bagaikan tidak pernah wujud dalam peta dunia. Kewujudan kota
Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam
Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah.Tiada siapa yang mengetahui
kewujudan kota berkenaan.
Masa berlalu sehinggalah tahun 1594,
sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi
Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung
berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti
tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam
didalam tanah. Tinggalan aneh berbentuk artifak itu dikeluarkan dan
penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari
gali dilakukan dikawasan itu.
Pada tahun 1631,gunung berapi
Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa sahaja yang berada
berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan. 76 tahun
kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori oleh Putera dElboeuf selepas
beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun yang
tertanam dikawasan berkenaan. Tinggalan artifak yang pernah terkubur
dibawah tanah ditemui dan misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan
tahun akhirnya terbongkar.
Selain artifak berupa barangan
tembikar dan purba, turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk
manusia dalam keadaan yang mengerunkan.pAntara Penemuan aneh adalah
sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu
ketika sedang menjamu selera.
Lebih menakutkan adalah kejadian
misteri yang melenyapkan secara tidak langsung turut menyimpan wajah
sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang
sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks diluar tabii bertukar
menjadi batu. Jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan
expresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang datang
itu secara tiba-tiba.
Sesungguhnya hanya DIA Yang Maha Mengetahui..
~sakura~
crdt: alkurawi.blogspot.com