Isnin, 23 Julai 2012

APA ITU CINTA


Suatu hari seorang murid bertanya kepada gurunya tentang CINTA , gurunya berkata :
“ masuklah ke dalam hutan dan carilah ranting  yang padamu sangat cantik. Tetapi engkau haruslah berjalan ke hadapan dan jangan sekali berundur kebelakang.Kemudian keluarlah kau dari hutan itu ”
Maka masuklah si anak murid  dan ia keluar semula tanpa membawa sebatang rantingpun dan gurunya bertanya kenapa?.......
“ Sebenarnya saya telah menemui ranting yang sangat cantik tetapi meninggalkannya kerana merasakan ada yang lebih cantik di hadapan sana,rupa-rupanya saya tersilap apa yang saya temui tadi adalah yang tercantik tetapi saya tidak lagi boleh berpatah balik, akhirnya saya keluar tanpa membawa apa-apa”
Maka gurunya berkata itulah namanya CINTA