Suatu hari Rasulullah SAW
didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang
sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk
baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda
menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW
seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama
para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada
mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah
habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi
ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap
Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW
menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa
saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang
ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut.
Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."
Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan
pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam
pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia
bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda
dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya telah
ditewaskan oleh akhlak mulia Rasullulah SAW