Alqomah merupakan seorang pemuda yang sangat rajin beribadat. Pada
suatu, dia jatuh sakit secara tiba-tiba. Isterinya menyuruh seseorang
memberitahu Nabi Muhammad tentang keadaan suaminya yang sakit kuat dan
dalam keadaan nazak sakaratul maut.
Apabila menerima berita ini,
Nabi menyuruh Bilal, Ali, Salama dan Amma melihat keadaan Alqomah.
Apabila mereka sampai di rumah Alqomah, mereka membantunya membacakan
kalimah Lailaaha¬illah tetapi Iidah Alqomah tidak mampu menyebutnya.
Setelah
melihat keadaan Alqomah yang semakin menghampiri akhir usia, mereka
menyuruh Bilal memberitahu Nabi. Apabila Bilal sampai di rumah Nabi,
maka Bilal menceritakan segala hal yang berlaku di rumah Alqomah.
Lalu Nabi bertanya kepada Bilal, “Apakah ayah Alqomah masih hidup?”
Jawab Bilal, “Tidak, ayahnya sudah meninggal, tetapi ibunya masih hidup dan sangat tua usianya.”
Kemudian
Nabi berkata lagi, “Pergilah kamu menemui ibunya dan sampaikan salamku.
Katakan kepadanya kalau dia dapat berjalan, suruh dia datang
berjumpaku. Kalau dia tidak dapat berjalan, katakan aku akan ke
rumahnya.”
Apabila tiba di rumah ibu Alaqomah, ibunya mengatakan
bahawa dia ingin menemui Nabi. Lalu ibu Alqomah mengambil tongkat dan
terus berjalan menuju ke rumah Nabi. Sebaik tiba, dia memberi salam dan
duduk di hadapan Nabi.
“Ceritakan kepadaku perkara yang sebenar
tentang Alqomah. Jika kamu berdusta, nescaya akan turun wahyu kepadaku,”
kata Nabi kepada ibunya.
Berkata Nabi lagi, “Bagaimana keadaan Alqomah?”
Jawab
ibunya, “Alqomah sangat rajin beribadat, menunaikan sembahyang,
berpuasa dan sangat suka bersedekah sehingga tidak diketahui banyaknya.”
Nabi bertanya lai, “Bagaimana hubungan kamu dengan dia?”
Jawab ibunya, “Aku sangat marah kepadanya.”
Lalu Nabi bertany, “Mengapa?”
“Kerana dia lebih mengutamakan isterinya daripada diriku dan menuruti kata-kata isterinya sehingga dia menentangku.”
“Atas kemarahan kamu itulah, lidahnya telah terkunci dari mengucap kalimah Lailahaillallah,” kata Nabi.
Kemudian
Nabi menyuruh Bilal mencari kayu api utuk membakar Alqomah. Apabila ibu
Alqomah mendengar perintah tersebut, dia bertanya, “Wahai Rasullullah,
kamu hendak membakar anakku di depan mataku? Bagaimana hatiku dapat
menerimanya?”
Nabi berkata “Siksa Allah itu lebih berat dan
kekal, oleh itu jika kamu mahu Allah ampunkan dosa anakmu itu, maka
hendaklah kamu mengampuninya. Demi Allah yang jiwaku di tangannya, tidak
akan berguna sembahyangnya, sedekahnya, selagi kamu murka kepadanya.”
Maka
berkata ibu Alqomah sambil mengangkat kedua tangannya, “Ya Rasullullah,
aku persaksikan kepada Allah di langit dan kau ya Rasullullah dan
mereka-mereka yang hadir di sini bahawa aku redha pada anakku Alqomah.”
Kemudian
Nabi mengarahkan Bilal pergi melihat Alqomah sambil berkata, “Pergilah
kamu wahai Bilal, lihat sama ada Alqomah dapat mengucap La ilaha
illallah atau tidak.”
“Aku khuatir, kalau-kalau ibu Alqomah mengucapkan itu semata-mata kerana pada aku dan bukan dan hatinya,” sambung Nabi.
Apabila Bilal sampai di rumah Alqomah tiba-tiba terdengar suara Alqomah menyebut, “La ilaha illallah.”
Lalu
Bilal masuk sambil berkata, “Wahai semua orang yang berada di sini.
Ketahuilah sesungguhnya kemarahan seorang ibu menghalang Alqomah dari
mengucapkan kalimah La ilaha illallah. Dan kerana redha ibunyalah maka
Alqomah dapat menyebut kalimah syahadat.” Maka matilah Alqomah pada
waktu sebaik sahaja dia mengucap.
Apabila Nabi sampai di rumah
Alqomah, mereka segeralah mandi dan kafankan lalu disembahyangkan oleh
Nabi. Sesudah dikuburkan maka Nabi berkata sambil berdiri dekat kubur,
“Wahai sahabat Muhajirin dan Ansar. Sesiapa yang mengutamakan isterinya
daripada ibunya, maka dia dilaknat oleh Allah dan ibadat fardu dan
sunatnya tidak diterima Allah.”