Khamis, 17 Ogos 2017


TIANG DI DALAM RAUDHAN MASJID NABAWI


Ada 8 tiang di dalam Raudah Masjid Nabawi...
1.tiang wangi: Rasulullah meletakkan wangian di tiang ini
2.tiang Aishah: Aishah selalu disitu dan antara tempat yang paling mustajab doa
3.tiang taubat: Rasulullah selalu solat taubat di sini
4.tiang Katil:Dekat tempat tidur Rasulullah
5.tiang Ali: Saidina Ali selalu Bersandar disitu
6.tiang perwakilan: tempat perwakilan dtg bertemu Rasulullah
7.tiang maqam jibril: tempat jibril bertemu Rasulullah
8.tiang tahajjud:tempat Rasulullah selalu bertahajjud
DOA Nabi Muhammad SAW yg diajarkan buat Muaz bin Jabal..
"Ya Allah tlg aku mengingatiMu
Agar menjadi hambaMu yang baik.'


sumber
Rancangan LABAIKALLAH
TV AL HIJRAH
16082017

Jumaat, 19 Mei 2017

PULAU BIDAN

Percutian keluarga ke pulau Bidan
Kalau tengok dari pantai Merdeka kita akan nampak 4 buah ulau, mengikut susunan dari kiri Pulau Bidan ,Pulau Telur,Pulau Songsong Dan Pulau Bunting.
Perjalanan 45 minit menaiki bot yang disewa dari pengkalan Sungai Udang di Yan.
Semua barang keperluan perlu dibawa.
Menyeronokkan.







HARI GURU 2017

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
BERSAMA WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN WAN ABDUL SAMAD POKOK SENA





CARTA RAMADHAN
UMI Buat sebagai galakan anak didik untuk berpuasa ramadhan
silalah print dan bekalkan kepada anak didik kita

jom berdakwah 

Sabtu, 1 April 2017

UMRAH 2017

Alhamdulillah 26/11-7/12 2016, Umi dan suami diberikan Allah peluang lagi untuk menjejakkan kaki ke Tanah Harram Madinah dan Mekah bersama Rombongan Umrah Al-Irfan Travel.Ini merupakan peluang kedua umi.
Umi sampai cuti sekolah, rezeki time ni tak  ramai di Madinah dan di Mekah.Musim sejuk yang awalni menjadikan kita selesa ja.Sebab yang tak ramai katanya visa-visa umrah yang masih belum banyak dikeluarkan buat masa ini.

Keperluan Umrah, peringatan tak perlu bawa pakaian banyak :
Telekung 3 pasang
Baju/jubah 3 helai ... cukup sebab di sana mesti nak beli hehe
seluar panjang beroket, paling selesa seluar track sukan yang cekak di kaki
tudung sehelai pakai sehelai bawa sebab disana kita banyak mengunakan telekung saja
ubatan yg diperlukan
tuala kecil dahla sebab kat hotel disedikan dah
keperluan mandi ,,yg hotelpun ada sedia
jarum dan benang,,,yg hotel kasipun ada
kasut,sandal yg selesa untuk kita berjalan jauh
stokin 4 pasang pastikan tebal dan boleh bawa semayang
pakaian dalam
baju sejuk
botol wuuduk spry,,,disana memang sangat diperlukan ,start dalam kapal terbang kita nak guna dah








Rezeki Di Madinah kami duduk Hotel Al-Ansar 50 meter dari Masjid Nabawi, masyaallah dekat sungguh nak berulang alik ke Masjid,Masuk ikut pintu noombor 25 terus ja pintu masjid untuk orang perempuan.
Pengalaman Masuk Raudah Alhamdulillah syukur dapat berada di Raudhan Taman Syurga Tempat Mustajab Doa.

Dengan Al-Irfan perkhidmatan memuaskan , penerangan Mutawwifnya Ustaz Aswad Nasron memang terbaik. Ahli rombongan kami sangat mesra dan umpama satu keluarga.
 Syukur di Mekahpun Hotel 50 meter, Hotel Hilton Tower, berulang alik ke Masjid dekat, syukur Ibadat Umrah dapat disempurnakan, bersama pakej 3 kali selebihnya umi dan suami guna limosin,teksi dan yang syog bas 2 riyal ...
Alhamdulillah dan berazam untuk datang lagi..













Ahad, 7 Ogos 2016

MEWARNA MERDEKA 2016

Moga bermanfaat.
ummi buat edit-edit  dan dapat gambar dari google ja
SELAMAT HARI MERDEKA
#sehatisejiwa








Selasa, 2 Ogos 2016

SETIA lah pada yang ada , walau SANG PUTERA datang padamu
TERIMA lah pada yang ada , walaupun SANTAPAN RAJA di hadapanmu
SEDAR lah siapa dirimu
INGATLAH lafaz janji ikrarmu.....

poster malaikat


" HADIAH " tak selalunya dibungkus dengan indah,
Terkadang Allah membungkusnya dengan masalah,
tetapi di dalamnya berisi HIKMAH dan BARAKAH.



Selasa, 21 Jun 2016

SAKITNYA...........Bahagian 1

BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL
Ya Allah apa yang mampu Ummi buat melaikan suruh bersabar kembali kepada Allah.
"Dah berbelas tahun Bib aku hidup dengan dia, asal aku sebut saja bab nafkah pasti aku akan jadi habuannya , aku pasti dihentam semahu-mahunya, aku sabar ,konon nak jadi seperti Asiah isteri Firaun."
Ya Allah , sabarnya " Selamani aku berlakon macam tak ada apa yang berlaku , aku sabag tapi hari ini terang-terang lebam di kiri kanan pipi " , mana lagi nak sorok, kawan-kawan tanya aku kata kena rekat badminton, haha, sapa percaya, semua orang tak percaya, aku tahu, tapi apa yang boleh aku buat, aku tekad Bib kalini aku nak ke mahkamah :
Ummi menjadi pendengar setia, tak sangka, tekejut, si suami yang dimata kasar terbaik punyala hensom rupanya, lemah lembut dengan kawan-kawan rupanya selama ini menjadi onar buat isterinya.
Bila ke Mahkamah dengan lebam-lebam sudah sah sudah pasti x payah nak cerita panjang-panjang.
Maka apa yang dilafazkan tidak boleh ditarik balik, jelas dan nyata....maka terungkailah mahligai cinta yang dibina atas dasar saling mengenali saling mencintai. mampukah si isteri menerima penyesalan suami, suami yang merayu suami yang menyesal, suami yang berjanji, suami yang bertaubat.
" Tidak, aku dah puas bersabar, aku tekad "
Anak-anak kebuntuan, kehairanan tapi si sulung mengakuinya mengesahkan pernah melihat ayah memukul mummy, apakan daya ....
Kesian yang hanya dapat dizahirkan, sahabatku kau kuatlah demi anak-anak, sahabatku kau tabahlah kerana selama ini pun segalanya kau rempuhi sendiri, sahabatku rupanya kau gigih ,katamu dengan kejadian ini hikmahnya kau bangun Bertahajjud. Ya Allah ianya pengajaran buat kita bersama.
Wahai Si suami lunaskan nafkah batin bukannya hanya zahir,
Wahai Si Suami walaupun katanya isterimu bergaji besar, ke mana gaji mu, kalau bukan untuk dikongsi bersama.
Wahai si suami bukan kami isteri meletakkan segalanya di atas bahu mu, kami mahu berkongsi segala, berkongsi zahir dan batin.

Wahai suami..................

Selasa, 10 Mei 2016

KAD HARI GURU

UMMI BUAT KAD HARI GURU DAN BOLEH GUNA UNTUK SELIT PADA HADIAH YANG NAK DIBERIKAN, UMMI BUAT UNTUK ANAKNDA AUNI UMAIRAH ,MAKA UMI SHARE SAJA KOT-KOT ADA YANG BERKEHENDAK.