Selasa, 24 Mac 2020


Assalamualaikum
Dunia sejagat dilanda musibah dengan tersebarnya Wabak Corona 19 yang pada mulanya berpunca dari Wilayah China iaitu di Wuhan. ianya merebak dengan pantas tanpa mengira batas usia dan latarbelakang. Pada mulanya kita hanya melihat dari siaran tv perkembangan wabak berkenaan dan akhirnya ianya merebak ke seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.
Penyebaran wabak ini amat berkait rapat dengan Influenza yang pada mulanya tersebar di Malaysia.
Kini ianya menjadi penyakit dan wabak dunia. Setakat ini tiada penawarnya. hingga ke hari ini Malaysia mencatatkan ramai jumlah pesakit yang disahkan positif dan telah mencatatkan kematian 13 orang setakat hari ini.
Para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia mengerahkan seluruh petugas dan menggunakan segala kepakaran dalam mendepani wabak ini. Pihak kerajaan sannggat menitikberatkan hal ini , penerangan dan peringatan senantiasa di buat melalui media sosial.
dan akhirnya kini Malaysia juga mengambil langkah yang sewajarnya apabila mengadakan
Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 mac sehingga 31 Mac 2020 bagi mengekang wabak ini berleluasa.
Semoga kita rakyat Malaysia  dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan, ambil kesempatan ini untuk bersama-sama ahli keluarga. Para pekerja sektor awan dan swasta , pusat-pusat pengajian tinggi dan rendah, pusat ekonomi besar atau kecil ,berikanlah kerjasama untuk kebaikan kita bersama.


Ya Allah Ya Tuhan kami sekelian alam
Lindungi kami dari wabak ini
hanya Engkau Maha Mengetahui Segalanya