Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya
sangatbanyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ad yang kaya
dan juga ada yang miskin.
Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap
Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh
berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., "Ya
Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya." Nabi Musa a.s. tersenyum dan
berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur
kepada Allah s.w.t.". Si miskin itu
agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, "Bagaimana aku mau banyak
bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu
lembar ini saja"!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa
yang diinginkannya.
Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang
menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.
Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "Wahai Nabiullah, tolong sampaikan
kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin,
terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu." Nabi Musa a.s.pun
tersenyum, lalu ia berkata, "Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur
kepada Allah s.w.t.". "Ya
Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga
yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah
memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak
mensyukurinya", jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke
rumahnya.
Kemudian terjadi adalah si
kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si
miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang
melekat di tubuhnya. Ini
semua kerana ia tidak mahu bersyukurkepada Allah s.w.t.