Sabtu, 19 Julai 2014

MH 370 - MH 0017

MH 370

Pakar-pakar penerbangan serata dunia bingung dengan kehilangan pesawat MH370.
Seorang pakar penerbangan mengemukakan bukti sejarah yang boleh menjadi penyebab kepada kehilangan pesawat MH370.
Gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang hingga membawa kepada kesan-kesan terkumpul, kerosakan struktur, faktor kemanusiaan, cuaca buruk, kegagalan total elektrik dan rampasan pesawat. Tidak wujud faktor tunggal yang umumnya menyebabkan pesawat terhempas, kata Perunding Ruang Angkasa dan Pertahanan Frost and Sullivan Asia Pacific, Ravi Madavaram dipetik Bernama.
Gabungan kesilapan teknikal dan juruterbang
Ia berlaku kepada pesawat Air France 447. Tidak ada isyarat kecemasan dari Air France 447 kerana juruterbang tidak sedar bahawa mereka akan terhempas hinggalah 10 saat sebelum ia berlaku.
Kerosakan struktur yang  menyebabkan juruterbang hilang kawalan
Ia berlaku kepada China Airlines Penerbangan 611, semasa terbang di ketinggian 35,000 kaki pada 2002 bila Boeing 747 (Penerbangan 611) terhempas akibat kesilapan dalam pembaikan kerosakan.
Faktor kemanusiaan seperti tindakan yang disengajakan oleh penumpang atau juruterbang
Pesawat yang menyebabkan berlakunya insiden World Trade Centre 9/11.
Cuaca buruk serti salji, kabus, hujan, dan ais boleh menjejaskan prestasi pesawat
Ia berlaku kepada sebuah pesawat Qantas pada 2008 di Bangkok, bagaimanapun pesawat itu mendarat dengan selamat dengan tenaga sokongan dari Auxiliary Power Unit (APU).
MH370_Sejarah

HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI SEGALANYA.

MH0017

Pesawat penumpang Malaysia terhempas di Ukraine

Penerbangan MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada 6.10 ,17 JULAI 2014