Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: "Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat."
Syarat-syaratnya ialah:
1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat
dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan
mempengaruhi kita.
3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik
kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia:
Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan
dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan
terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan
orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat
dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada
kebinasaan dunia.
- Artikel iluvislam.com