Ahad, 8 April 2012

SABARLAH

Kekadang kita rasa amat dihargai apabila apa sahaja orang nak buat orang cari dan tanya kita, tapi kita juga akan rasa kecil hati bila orang buat sesuatu tak bagi tahu kita.


Kenapa ya! adakah ini tanda kita penyibuk, sebab orang tak membuatkan kita sibuk, atau inikah tanda orang hanya perlukan kita bila kita diperlukan.


Masalahnya kita tak reti nak buat tak tahu, tak reti nak tengok saja, mesti nak tolong sama, tapi kenapa time kita buat orang buat tak tahu saja, jangan kan kata tolong buat dek.....lagi ada paling menyakitkan hati bila ada kata2 sinis.


Wahai hati sabarlah kerana sabar itu istana orang yang beriman
Sabar itu benteng pengukur keimanan
sabar itu penilaian diri pada orang
Sabar itu manis apabila dikenang terutama bila hati dah tenang