Sabtu, 7 April 2012
"KERANA PULUT SANTAN BINASA KERANA MULUT BADAN MERANA"
Kata Wikipedia:
Lidah merupakan satu bungkusan otot rangka pada dasar mulut yang menangani makanan bagi mengunyah dan menelan. Ia juga merupakan deri utama bagi rasa. Sebahagian besar permukaan lidah diselitupi dengan bud perasa. Lidah dengan kebolehan banyak pergerakan, membantu membentuk bunyi dalam pertuturan. Ia sensitif dan sentiasa dilembapkan oleh kelenjar air liur, dan kaya dengan deria dan salur darah bagi membenarkan ia bergerak.
Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a berkata: "Seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Ya Rasulullah, nasihatilah aku." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jagalah taqwa kepada Allah s.w.t. sebab taqwa itu menghimpunkan segala kebaikan. Dan kerjakan jihad sebab dia sebagai pertapaan bagi ummat Islam. Dan lazimilah dzikrullah dan membaca al-quran, sebab ia cahaya penerangan untukmu dibumi dan sebulatan namamu dilangit. Dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan laknatullah."
Kenapa kalau kita diam tak bersembang dengan sapa2 lama ,kita rasa tak seronok,kalau boleh sembang bahagia dunia lupa segala kerja, itulah lemahnya kita,tambahan orang perempuan.
Selalu Ummi ingatkan diri,baik duduk jauh dr kelompok yg kita rasa lidah kita terdorong untuk berbicara benda yg tak baik.
Mari kita basahkan lidah kita SUBHANAALLAH ALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR