Khamis, 29 Mac 2012

BILA KITA STRESS N TENSION

Tak dinafikan kita sentiasa stress n tension, walaupun mungkin di rumah kita aman damai dan bahagia tapi seringkali juga kerja di sekolah atau di pejabat terbawa-bawa ke rumah stressnya.

Macammana kita nak mengatasinya, sebagai orang Islam :

1.Ingat apa sahaja yang berlaku ada hikmahnya, kena marah,kena buli,kena perli, ingat balik mesti ada hikmahnya.
2. Ingat Allah ada bersama kita sentiasa, orang takkan nampak dan ada bersama kita selalu walau bagaimana orang itu sayang pada kita tapi Allah tak pernah sedetik lekang dari kita.
3.Inilah masa kita berubah, dirikan solat taubat,solat hajat dan solat awwabin, buat secara istiqamah dan pelan-pelan.
4. Beri masa untuk diri kita, buat apa yg kita suka, melukis,mengemas,memnanam bunga tinggalkan sekejap kerja yg merunsingkan kita.
5.Mandi,sauna,berurut,berlulur apa sahaja ataupun gunting rambut,ubah diri kita.

Semoga kita bahagia,bahagia ada dalam diri kita, tak siapa yg dapat beli dan beri bahagia, kerana bahagia sebenarnya ada pd kita.