Hari Jumaat yang lepas,Ummi berkesempatan menziarahi seorang kawan yang baru lepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan fibrod sebesar 2 kg di dalam rahimnya.
Selama ini tidak diketahui langsung apa penyakitnya, walaupun berbagai-bagai ikhtiar dan rawatan telah diusahakan,klinik,dr pakar semuanya dilawati, segala scan,segala teropong telah dibuat tetapi tiada dapat mengesan penyakit ini.
Kawan ummi ini badannya memang sangat lemah,kedatangan haid bulanannya berpanjangan berminggu-minggu, memang merunsingkannya , Akhirnya dengan hidayah dari Allah dia berjumpa dengan seorang ustaz yang menasihatkan ia agar membaca dan mengkhatamkan al-quran dengan niat untuk ditunjukkan penyakitnya itu, subhanallah benarlah AL_QURAN itu PETUNJUK dan PENAWAR, setelah dia bersungguh-sungguh membaca dan mengkhatamkan al-quran ,akhirnya beliau tahu penyakitnya selama ini dan alhamdulillah dia dipermudahkan selama menjalani pembedahan, semoga kawan Ummi cepar sembuh.
Mari kita amalkan membaca AL_QURAN setiap hari selepas solat.Insyaallah