Sabtu, 17 Mac 2012

UNTUK SENGEH2



SUDU
Di sebuah klinik yang terletak berhampiran sebuah kampung...
Doktor : Awak nampak tak sihat? (sambil mengambil stetoskop)
Pak Pandir : Pening kepala, sakit dada….. doktor.
Doktor : Aaa…. suhu badan awak tinggi, ambil ubat ni… makan 2 sudu, 3 kali sehari.
Pak Pandir : Terima kasih.

Seminggu kemudian…..
Doktor : Eh, kamu lagi? Apa pulak masalah awak?
Pak Pandir : pening kepala,…. sakit dada hilang dah…. TAPI sakit perut pulak….(sambil mengerang…)
Doktor : Ubat yang saya bagi hari itu dah habis makan? Pahit ke?
Pak Pandir : Saya makan habis dah ubat tu, tak ada masalah…… cuma, SUDDDU doktor…….
Doktor : Kenapa dengan sudu?
Pak Pandir : (dengan selamba) …. keras sikit ….. doktor!
Doktor :Haahh ???????


SAYANG ADA MAKNA...............
Kamal diundang kawannya makan malam. Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku... Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dengan kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."


SUSU OH SUSU

Ada sepasang bayi kembar yang seorang bernama Ali dan seorang lagi bernama Abu.Abu berbadan gempal dan sihat tapi Ali pula kurus kering kerana tak cukup menyusu dari ibunya sedangkan Abu pula sering disusukan oleh ibunya.
Oleh kerana si Ali marah sikap pilih kasih ibunya,maka pada satu malam ketika ibunya sedang tidur dia telah menyapukan racun pada kedua-dua susu ibunya supaya si Abu cepat mati.

Tetapi apabila Ali bangun dari tidur pada pagi esoknya didapati ayahnya yang meninggal dunia bukannya si Abu.

Persoalannya, mengapa ayah mereka yang meninggal?..


APA YANG FAST

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang.
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan. Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana. Tiba2, sebuah kereta memotong.
“Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun tu lagi. 
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
“Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.
Sampai di lapangan terbang…..ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
“RM100 please…” kata pemandu teksi selamba.
“What? RM100? it’s not that far from the hotel?”, pelancong tu tak puas hati.
“Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast”, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.


sumber :
http://koleksiceritalucu.com/made-in-japan/