Isnin, 12 Mac 2012

SOLAT SUNAT DHUHA



Solat sunat Dhuha banyak keberkatan dan kifiyatnya jika kita melakukannya, dikesempatan cuti sekolah ini Ummi mengajak diri dan kawan2 mengamalkannya,mmg jika istiqamah melakukannya kita dapat merasakan kelainannya,Subhanallah, benarlah Allah sentiasa bersama orang yang mengingatinya

Cara melakukannya: sekurang-kurangnya 2 rakaat dan Rasulullah SAW biasanya melakukan 8 rakaat, rakaat pertama al-fatihah dan surah al-kafirun dan rakaat kedua al-fatihah dan surah al-ikhlas.
kemudian bacalah doa :  
                               

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

laksanakanlah ,insayallah Ummi dah merasai kenikmatannya ,Maha suci Allah Maha Pengasih Maha Penyayang