Dalam hati kita terletak segalanya,hati dizahirkan dengan fizikal dan luaran kita, banyak sifat mazmumah yg setiap hari tak dapat kita hindari, mari kita renungkan dan janjikan cuba buang,cuba kikis,sifat-sifat ini :
1. Pemarah
– paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri
manusia. Sesorang itu hanya dikatakan kuuat jika ia boleh menahan marahnya, Ini yang susahkan..............
2. Pendendam
– tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Umpama api dalam sekam.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. Takut orang lebih dari kita.
4. Bakhil
- sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat
dll. dari dirinya. Sayang duit takut tak cukup untuk diri.
5. Tamak – orang yang tidak
puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak
kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum
tetap tak habis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
6. Tidak sabar
- andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi
hal-hal yang lebih besar.
7. Ego - ibu
segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang
yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun
batin.
8. Riak -
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji.
Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah
amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah
kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta dunia ( hUBBU DUNIA )- tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. sanggup berhutang untuk mendapatkan sesuatu yg jika difikirkan tak lah diperlukan sangat