Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi
Soalan :
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?
Jawapan :
Malam nisfu Sya’ban merupakan
malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut
tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka
mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan
malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya.
Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap
hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang
kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا
هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ
قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ
نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ
عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan)
Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata :
Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman
ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku
menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri
kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." -Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.” -Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ
يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ
أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ
فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا
حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه ابن ماجه .
Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila
masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan
berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan
malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari,
lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan
mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan
memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan
melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah
terbitnya fajar.” -Riwayat Ibnu Majah.
Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak
3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai.
Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan
perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun
mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan
sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam
perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan
tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai
pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang
membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً" - متفق عليه .
Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.” -Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum)
harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian
daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.” -tamat
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :
“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid
ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah
memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan
celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan
Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara
tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di
masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.”
Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya :
Sifatnya
adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan
solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang
itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie
Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara
bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan
selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah
dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan
tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya
amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada
mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan
dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang
tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang
menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap
hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan
malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah
disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.
Sumber :