KAABAH DAN 15 KEISTIMEWAANNYA YG TERSEMBUNYI
Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem
imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar
tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan
kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan
ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri
sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang
ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan
garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah
jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka
tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu
tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon
magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah
akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan
sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga
hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam
ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut
lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam,
bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya
akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah
sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak
terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau
terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita
mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut
dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang
baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas
melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru
kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur
atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul.
Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram.
Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau
reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik
saja akan diterima oleh tubuh.
, zaidimokhtar.com