Isnin, 21 Mei 2012

Hospital Sultanah Bahiyyah CRW / TELUR OH TELOR

Dah masuk 2 minggu ayah masuk wad di hospital Besar Sultanah Bahiyyah Alor Setar, bermakna 2 minggu jugalah kami berulang alik ke hospital setiap hari.Alhamdulihah ayah semakin segar walaupun sebenarnya membimbangkan sebab ayah kena serangan jantung, Semalam Ummi jaga ayah lagi dan jam 12.15 tengahmalam  orang di sebelah ayah meninggal dunia, sayu dan sebak rasa hati nak buat camna ajalnya dah tiba, tapi Ummi tabik kat kakitangan hospital mereka buat kerja urusan semuatu tanpa bunyi bising apa2 macam tak ada apa yg berlaku slow slow dan soft, bila ayah tanya ada apa aku kata depa pindah wat lain.

Kemarin Ummi dengar pakar pemakanan dok bagi diet yg sepatutnya diambil oleh pesakit di sebelah katil ayah,katanya sepatutnya telur kita mbil cuma seminggu 2 biji ,alamak.........Ummi sehari dua bijik kalau seminggu dah 14 bijik macam mana ni,ummi azam nak kurangkan,Takut.............

Ini keburukan telur ;Sejumlah penyelidik melakukan kajian terhadap telur dan ternyata telur merupakan penyebab utama dari kanser prostat yang paling banyak di hidapi oleh kaum lelaki.
Pakar menjelaskan bahawa mengambil 3 biji telur didalam satu minggu akan mempercepat seorang lelaki menghidap kanser prostat. Bukan hanya itu saja, para penyelidik juga mendapati jika lelaki yang mengambil lebih dari dua biji setengah telur setiap minggu mempunyai risiko 81% akan menjadi mangsa penyakit kanser prosta perkara ini amat menyeramkan bukan? . Perkara ini terjadi disebabkan kolestrol yang tinggi yang di miliki telur tersebut.

Sebuah kumpulan penyelidik dari Harvard Shool of Public Health di Boston telah meneliti kebiasaan 27.000 orang selama 14 tahun. Dari hasil kajian tersebut terbukti bahawa tidak ada hubungannya antara daging yang di makan dengan penyakit tumur melainkan jumlah kematian yang tinggi akibat kanser kerana terlalu banyak mengambil telur.
Itu untuk orang lelaki macam mana pula kita perempouan.
Dan ini yang Ummi baca kebaikan telur pulak :
1. Telur amat baik untuk mata. Menurut satu kajian, pengambilan telur dalam sehari boleh mencegah mascular degeneraton disebabkan kandungan karotenoid, khususnya Lutein dan Zeaxanthin. Kedua-dua nutrien ini amat baik untuk badan kita dan sumber mudah daripada telur berbanding sumber lain.

2. Dalam kajian yang lain, para penyelidik mendapati bahawa individu yang makan telur setiap hari mengurangkan risiko katarak, ini juga kerana Lutein dan Zeaxanthin dalam telur.

3. Sebiji telur mengandungi 6 gram protein berkualiti tinggi dan mengandungi 9 asid amino.

4. Menurut kajian oleh Pusat Pengajian Kesihatan Awam Harvard, tiada hubungan yang signifikan antara pengambilan telur dan penyakit jantung. Malah, menurut satu kajian, penggunaan telur tetap boleh membantu mencegah darah beku, strok dan serangan jantung.

5. Telur adalah sumber yang baik untuk menghasilkan choline. Satu kuning telur mempunyai kira-kira 300 mikrogram choline. Choline adalah nutrien penting yang membantu mengawal otak, sistem saraf dan sistem kardiovaskular.

6. Ia mengandungi lemak yang baik (tidak tepu). Satu telur mengandungi hanya 5 gram lemak dan hanya 1.5 gram yang tepu lemak.

7. Penyelidikan baru menunjukkan bahawa, bertentangan dengan kepercayaan sebelumnya, penggunaan sederhana telur tidak mempunyai kesan negatif terhadap kolesterol. Malah, kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa penggunaan tetap dua biji telur setiap hari tidak menjejaskan profil lipid seseorang.

8. Telur adalah salah satu-satunya makanan yang mengandungi Vitamin D yang wujud secara semula jadi.

9. Telur boleh mencegah kanser payudara. Dalam satu kajian, wanita yang mengamalkan sekurang-kurangnya 6 biji telur seminggu mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 44%.

10. Telur menggalakkan pertumbuhan rambut dan kuku yang sihat kerana kandungan sulfur yang tinggi dan pelbagai vitamin dan mineral. Ramai orang mendapati rambut mereka berkembang lebih cepat selepas menambah telur dalam diet mereka, lebih-lebih lagi jika mereka sebelum ini kekurangan makanan yang mengandungi sulfur atau B12.