Hari ini Ummi tanya kat anak2 apa yg beza dengan tarikh harini, hanya si abang yang sulung dapat menjawapnya ,yg adik kata biasala Ummi 29 hr rupanya dia tak tahu pun....yang cerita mengenai tahun lompat, yg syoknya bila diterangkan dia buat hairan lagi, kenapa ? kena dok lompat2 ,adui jenuh jugak nak menerangkannya ............
Fakta tahun Lompat :
1.Tahun lompat atau leap year adalah tahun dimana pada bulan Februari ada 29 hari dimana kebiasaannya 28 hari sahaja dan ia berlaku setiap 4 tahun sekali. Makanya, bilangan hari pada tahun lompat ini adalah sebanyak 366 hari berbanding 365 hari pada tahun biasa2.Tahun 2008 merupakan tahun lompat. Jika anda melihat balik kalendar 2008, anda akan dapati bahawa bulan Februari mempunyai lima kali hari jumaat di mana bulan ini bermula dan berakhir pada hari Jumaat. Antara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat akan berkongsi hari yang sama bagi setiap tarikh yang berulang hanya sekali selama 28 tahun. Tahun yang terdekat di mana bulan Februari mengandungi lima kali hari Jumaat adalah pada tahun 1980 dan kejadian seterusnya akan berlaku pada tahun 2036.
2.Kenapa perlu ada tahun lompat? Seperti kita tahu, bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun. Tahukah anda bumi mengeliling matahari secara lengkap bukan 365 hari ataupun 366 hari dengan tepat? Sebenarnya, bumi mengeliling bumi mengambil masa 8766 jam atau bersamaan 365 hari 6 jam. Setiap 6 jam daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikannya 1 hari ( 6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam = 1 hari) dan 1 hari itu di letakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 febuari. Dan kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.
3.Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 febuari pada tahun lompat, selalunya dia kan menyambut hari kelahiranya pada 28 febuari ataupun pada 1 mac pada tahun biasa. Ini keistemewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 febuari. Anda jangan terkejut apabila anda bertanya kepada orang tua yang mengatakan yang umurnya masih 20 tahun walaupun orang tua itu telah mempunyai cucu cicit pada suatu hari nanti... SEBABNYA DIA DILAHIRKAN PADA LEAP YEAR.
SEMUA INI KEKUASAAN DAN RAHSIA ALLAH