Isnin, 27 Februari 2012

MEMUDAHKAN KITA.........

 


Saban hari kerja semakin bertimbun, di tempat kerja , di rumah makinla mencabar,anak2 semakin membesar memerlukan perhatian terutama bila tahun peperiksaan utama.Bagi Ummi tahun ni memang kalut UPSR untuk Intan dan PMR untuk Adli, makanya Ummi yang terlebih risau, untuk memastikan segalanya teratur, Ummi dah rancang dan siap segalanya terutama bila hujung minggu. Hujung minggu bukan time rehat tapi bila semua dah ready so sepanjang minggu akan ok. Mari Ummi nak kongsi bersama buat ibu2 bekerjaya....

1. untuk mudah kerja memasak : ready semua barang2, siang siap2,kupas siap2,kisar yang perlu,letak dalam tupperware bila nak masak ambil saja,cepat dan mudah, lagipun bila hari kerja kita bukan masak yg dassyat2 just simpel2 ja. air tangan ibu adalah power utk keluarga

2.rancang menu nak masak apa: bila p market pikiaq siap2 nak masak apa nak bubuh apa so, perbelanjaan terancang takla beli sayur jadi kecut pasal tak masakpun. Beli apa yang nak kita buat ikut plan.

3.Buat kerja pilih yg mana dulu utama : Baju sek anak2 n suami yg utama, yg kita senang ja kan....

4.Buat kerja jangan tangguh : ada kain sikit terus lipat jagan jadi gunung jerai baru nak lipat memang terukla............ajak anak2 lipat kain time petang2 sambil tengok tv

5.Guna peralatan masa kini yg boleh mudahkan kerja kita,mesin masuh,vacum ja tak yah teruk sapu terbongkok2

6.Bahagi tugas : bedak (BAHAGI) elok2 ngan suami siapa nak ambik anak siapa nak masak so mudahla

7.Yang utama : berdoa dan selawat banyak2

8.Kesihatan Kita : sakit diri kita habis sakit sebuah rumah