Selasa, 18 Disember 2012

SEMAKAN PERMOHONAN SMKA 2013

Alhamdulillah berita gembira dan rezeki dari Allah,anaknda Intan Amni Farihah dapat sekolah yang dipohon iaitu SMKA Agama Kedah Mergong, tercapai hajat anak dan Ummi untuk ada anak sebagai warisan di sekolah SMKA tu.
Ummi adalah antara murid yg first guna SMKAK tu,kami berpindah setelah menumpang di SMK Tunku Anom,kami pindah tahun 1989,kami first koyak sarung plastik baru bantai n tilam baru,kami first guna segala kerusi,meja ,loker asrama baru.
Yang tak dapat dilupakan petang-petang kami dengan guru-guru menanam pokok-pokok buah yg dah besar2 di sekeliling sekolah tu, dah 20 tahun Ummi tinggalkan SMKAK tu, banyak kenangan dah ramai Ustaz dan guru yg kembali ke Rahmatullah,semoga ilmu dan jasa mereka menjadi bekalan dan roh mereka diRahmati Allah.

Kat sini ada link kalau tak check lagi ,semoga berjaya;
                 SEMAKAN SMKA 2013