Ahad, 9 Disember 2012

KAMPUNG FUN RIDE PADANG TERAP 2012

8 Dis 2012, bermula di Dataran Pekan Kuala Nerang menuju ke D"Belimbing Homestay berlansung kayuhan sejauh 15 KM yang dianjurkan oleh pihak pejabat Belia Kuala Nerang bersama Tourism negeri Kedah.
Majlis dirasmikan oleh Datuk Sri Mahawangsa Mahathir Khalid bermula jam 8.00 pagi. Peserta kayuhan memulakan acara dengan senamrobik ,kayuhan menuju Homestay D"Belimbing dimana orang kampung mengadakan sambutan dengan berbagai-bagai acara dan persembahan kebudayaan.
Ummi dan family terlibat samalah. Yang bestnya selepas acara ada jamuan yg dimasak orang kampung,tapi frust jugak sebab tak dapat lansung cabutan bertuah,tak ada rezeki .