Rumah Ummi Sri Embun lapang dan luas itulah alasan mereka berhimpun disini .Ummi tak kisah kan tetamu itu Pembawa Rahmat, sehinggakan ada hadis mengatakan jika dalam masa 40 hari tiada orang bertandang ke rumah kita ,kita pula dituntut bertandang ke rumah orang lain.
Dari Abu Suraih al-Adawi bahawa dia berkata, mataku telah melihat Rasulullah saw dan telingaku telah mendengar ketika dia telah bersabda dengannya. Sabdanya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan tempohnya. Mereka berkata, apakah tempohnya? Baginda bersabda, satu hari satu malam dan tempoh bertamu adalah tiga hari dan apa yang selepas itu maka dia menjadi sedekah dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata dengan baik atau diam.
Di dalam hadith ini ada 3 pengajaran:
1- hukum menawarkan diri sebagai tetamu adalah ( kita ckp kat orang tu kita nak datang rumah dia):
a) sunat kerana mengikuti sunnah
b) makruh jika terdapat sesuatu kesusahan
c) haram jika berlaku kemudharatan
2- hukum menerima tetamu adalah:
a) sunat kerana mengikut sunah
b) makruh jika memberi susah kepada diri sendiri dan tetamu
c) haram jika memberi kemudharatan kepada diri dan tetamu
d) wajib jika tidak menerima ia memberi kemudharatan kepada tetamu
3- tempoh meraikan tetamu adalah 3 hari dan selebihnya merupakan sedekah.
Kak Lily dok khusyuk pulun bubur kacang durian, cara nak buat macam bubur kacang biasa just letak durian,x payah letak sagu sebab pekat dengan isi durian
Bincang jangan tak bincang
Tak yah malu2 Kak Nim tengok kak Lily dok pulun tu
Ummi n Kak Nim n kak Lily yg riuh rendah
Sibuknya
Meriah Sri Embun di petang Rabu