Ahad, 4 Mac 2012

GURAUAN KETAWA

Pagi tadi Ummi dengar di Radio IKIM "Garis panduan Gurauan dalam Islam ".
Ummi nak kongsi bersama apa yang digengar :

1.Gurauan mestilah sesuatu yang benar, jangan bergurau kalau perkara itu bohong dan palsu. Contoh seorang tua pernah datang dan berkata kepada Rasulullah SAW,

 Ya Rasulullah! Doakanlah aku masuk syurga, rasulullah menjawab " orang tua tak boleh masuk syurga " orang tua itu sangat sedih kerana peluangnya tiada kemudian rasulullah menjelaskan bahawa di syurga kelak semua orang akan jadi muda dan remaja,tiada usia tua, maka barulah difahaminya, ini benar kerana disebut di dalam al-quran.

2. Gurauan mestilah bersesuaian masa. jangan bergurau contohnya diwaktu seseorang itu sedang bersedih.

3. Gurauan tidak melampaui batas, sehingga membuat hati seseorang itu terguris dan sedih.

Contoh gurauan dan ketawa Rasulullah SAW

Ketika sedang Sahabat baginda Saidina Abu Bakar sedang menikmati  buah kurma, datanglah baginda mendapatkan Saidina Abu Bakar dan duduk berhadapan dengan beliau.

Ketika ini Saidina Abu Bakar memakan kurmanya lalu mengasingkan biji kurma tersebut dan meletakkan dan mengumpulkannya di hadapan beliau, dan Baginda turut bersama beliau menikmati buah kurma tersebut namun tiada sebiji pun biji buah kurma di hadapan baginda kerana baginda mencampakkan biji-biji buah kurma di tempat pengumpulan sahabatnya itu apabila sahabatnya sedang leka, dan ketika itulah baginda bersabda " Wahai Abu Bakar, Ku lihat dikau ini orang yang tersangat kuat makannnya lihatlah bertapa banyaknya jumlah biji-biji kurma yang telah dikau himpunkan."

Saidina Abu Bakar memandang Baginda seraya berkata "Wahai Kekasih Allah, yang kuat makannya adalah orang yang berada dihadapan ku kerana dia telah memakan buah kurma dengan biji-bijinya sekali" selesai Saidina Abu Bakar berkata maka ketawalah Rasulullah dengan hanya menampakkan sedikit gigi hadapannya yang putih bersih.

Begitulah keadaan tahap Rasulullah bila baginda ketawa (yang sedangkan itu adalah hanyalah senyuman sahaja bagi manusia seperti kita) dan Saidina pernah berkata itulah ketawa Baginda yang paling kuat dan tidak lebih daripada itu.


Marilah kita berwaspada dan beringat2 di dalam gurauan harian kita...........