Jumaat, 30 Mac 2012

APA ADA PADA NAMA KU..........



Siapa nama kamu?
Nama pa ?
Whats your name?
Ma ismuka ?
Sapa nama ?
name ape?

Sama ja maknanya, .............................
Namatu mak n ayah yang letak,waktu mak kita nak bersalin,mesti dia dok teringat2 dah nak letak nama apa, bila dah selesai urusan mak bersalin, ayah pula ,
Mak ! kita nak letak nama apa ni, apa makna nama anak kita tu ?, elok ka maknanya ?

Nama atau ‘Ismun’ dalam bahasa arab merupakan perkara paling penting dalam peradaban manusia. Ilmu pertama yang diajar oleh Allah s.w.t. kepada manusia pertama, Nabi Adam a.s. ialah nama.
“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)

Dari ayat di atas, terbukti bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah amat penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.

Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam. Rasulullah bersabda,
“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)

Bila masuk sekolah, di sekolah namalah yg penting , kalau letak nama berjela , aduh cikgu kata, panjangnya nama takut berat macam nama, kalu Ummi di sekolah nama murid ingat time tahun ngajar ja, bila dah keluar dari sekolah tu dah lupa, tapi lainla kalau murid tu specil kes punya sure ingat sampai bila2.

Apapun :
  1. Letaklah nama yang bermakna, carilah sejarah dan rahsia disebalik makna.
  2. Panggilah nama dengan nama yg bermakna
  3. Tanamkan dalam diri kita seperti makna nama kita