Khamis, 22 Disember 2011

WARNA APA YANG ANDA SUKA

EMAS
Emas, mereka yang bercirikan emas ini mempunyai kriteria berikut. Atau dengan nama lain, mereka ialah golongan SKEMA !! Kenapa dinamakan skema? Kerana golongan ini sangat akur dengan peraturan. Kalau peraturan kata A, A la jawapan dia..

Ciri-ciri :
- Tulang belakang atau nadi sesebuah persatuan
- Berharga seperti emas
- Setia
- Rajin berusaha
- Bertanggungjawab
- Pembersih
- Sangat tersusun
- Tepati masa dan janji
- Bijak mengurus kewangan
- Mahir dalam menyimpan rekod
- Dilahirkan sebagai pemimpin
HIJAU
Hijau ialah warna yang nampak tenang. Dengan nama lain mereka ialah golongan NERD !
Nerd? Owh.. Dinamakan sedemikian sebab mereka ini memang golongan kuat study la, budak-budak bijak + dean list mungkin..

Ciri-ciri :
- Terlalu kompleks
- Menarik
- Tahap kebijaksanaan tinggi
- Berfikir di luar kotak
- Pemberi tumpuan yang baik
- Suka bertanya
- Suka berkongsi maklumat
- Suka cabaran yang melibatkan minda dan IQ
- Sasaran yang tinggi dalam kepimpina
BIRU
Biru nampak cool je kan ? Dengan bahasa kasarnya mereka ini golongan JIWANG  DAN PENGASIH
Sebab ? Jiwa mereka mudah tersentuh, simpati dan sangat mengambil berat..

Ciri-ciri :

- Berhati mulia
- Penyayang
- Mudah simpati
- Sangat fleksible
- Mudah untuk berbicara
- Sukakan kedamaian
- Seorang yang seni
- Romantik
OREN
Mereka yang bercirikan Oren nampak sempoi dan selamba.Macam rilek je atau dengan nama lain mereka niMUDAH PUNYA ORANG. Sebab mereka kalau nak mana-mana suka huru-hara ( penceria suasana ) serta tidak boleh memberi tumpuan yang lama sebab cepat bosan..

Ciri-ciri :
- Seorang yang dinamik
- Spontan
- Sukakan keseronokan
- Penceria kehidupan
- Energetik
- Penghibur
- Sukakan aktiviti fizikal
- Sukakan pembelajaran praktikal

Kita mungkin berbeza pendapat tetapi pendapat yang buruk pada kita siapa tahu ia baik bagi semua orang ? Bertoleransilah dalam komunikasi dan ingatlah kita tidak akan boleh hidup berseorangan di dunia ini.. Memerlukan orang lain untuk saling melengkapi.
BIAR KITA DIKENANG KERANA KEBAIKAN BUKAN KERANA KEBURUKAN
*nota :
- sumber dari sesi kaunseling, MRC Leadership Trainning 2010
- sumber gambar dari google images