Tiap hari kita guna benda2 ni, tapi kadang2 ada ja yg rosak,busuk tanpa sempat kita memasaknya,maklumla kadang nak masak ada kenduri , kadang nak masak Kanda kata jom makan luar, jadi Umi nak kongsi beberapa petua,jika boleh dimanfaatkan bersama :'
1. Agar taugeh tak rosak,kalau beli letak dalam peti ais jangan biar dalam plastik yg kita beli tu, kelaurkan dan letak dalam bekas apa2 rendam dalam air, tutup bekas .insallah berminggupun taugeh tak rosak, ha teringat taugeh Umi nak buat kerabu la.
la.
2.Nak hilangkan bau yg tak best dalam peti sejuk atau almari kat dapur Ambil beberapa helai daun pandan,kemudian diikat dan diletakkan dalam peti sejuk. InsyaAllah bau tidak diingini dalam peti sejuk akan hilang
.
3.Nak bagi gula melaka tak berair,maklumla beli jauh di melaka nu............ Untuk mengatasi masalah ini, taburkan sedikit tepung gandum di atas gula melaka. Kemudian, simpan gula melaka dalam bekas yang kedap udara. Hasilnya gula melaka tahan lebih lama.
4.Kat rumah tak ada daun ni daun kari dan daun limau purut, selepas memasak selebihnya jangan dibuang begitu sahaja. Masukkan daun di dalam bekas kedap udara. Kemudian simpandalam peti sejuk. InsyaAllah daun itu segar harum dan boleh digunakan lagi.
5.Petua Nak halau lalat :
Ambil beberapa kuntum bunga cengkih masukkan ke dalam cawan atau mangkuk berisi air. Biarkan ia terdedah di ruang dapur anda. InsyaAllah, lalat-lalat yang berterbangan akan keluar dengan sendirinya dari ruang dapur anda.
Petua 2:
Ambil secekak daun kari, kibaskan pada lalat yang berada di meja makan anda. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air di sudut meja makan. Dengan cara ini anda dapat menghalau lalat dari meja makan anda.
Petua 3:
Ambil beberapa tangkai daun belimbing. Kibaskan pada lalat-lalat yangs edang berada di meja makan anda.
Petua 4:
Ambil sedikit cecair peluntur dan titiskan pada kain buruk tanpa mencampurkannya dengan air. Selepas itu lapkan kain tersebut pada sekitar ruang dapur seperti meja makan, kabinet , dapur memasak adn tempat-tempat lain yang anda rasa perlu. Insyaallah, lalat pasti akan berkurangan..
Petua 5:
Ambil dua batang lilin dan nyalakan apinya. Setelah itu letakkan di meja makan atau di tempat meletak hidangan. InsyaAllah lalat tidak akan mengerumuni hidangan anda.