Ahad, 27 Januari 2013

KATA-KATA PERANSANG DAN NASIHAT

" SETIAP ORANG ADA CERITA,SETIAP ORANG ADA SUKA DAN DUKA "

“Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah yang pertama. Oleh itu, kenalilah diri anda sebelum anda mengenali orang lain.”

Lebih baik kita tahu apa yang kita tak tahu daripada kita tak tahu apa yang kita tahu.

SESEORANG ITU SEBENARNYA TIDAK KAYA JIKA IA SEPI DARI KELUARGA,SAHABAT DAN KASIH SAYANG

BERIKAN APA SAHAJA YANG ADA DI DALAM SAKU KITA NESCAYA KITA MENDAPAT BALASANNYA

TIADA SIAPA BOLEH MENCORAKKAN DIRI KITA MELAINKAN KITA SENDIRI

JANGAN TAKUT DENGAN MANUSIA,TAKUTLAH HANYA PADA-NYA

YA ALLAH JIKA REZEKIKU BERADA DI LANGIT TURUNKANLAH IA,JIKA REZEKIKU DI LAUT KELUARKANLAH IA,JIKA JAUH DEKATKANLAH IA,JIKA HARAM SUCIKANLAH IA

“Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba.”

'' KITA AKAN GAGAL JIKA KITA TIDAK MAHU MENCUBA "

“Kenal pasti kelemahan diri anda dan bertindak mulai sekarang.”

“Langkah pertama untuk menuju kecemerlangan adalah dengan mempunyai sikap yang betul terhadap diri sendiri.”

“Setiap label yang kita berikan pada diri kita akan mempengaruhi perlakuan dan prestasi kita.”

" ORANG YANG MALAS ADALAH PEMBUNUH DIRINYA SENDIRI"

" BERHENTI MENCUBA MAKNANYA MENYERAH KALAH "

“Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal.”

“Setelah kita mengenali diri kita sendiri, kita akan menyedari bahawa kejayaan adalah hak mutlak kia.”

“Jangan takut kepada kegagalan kerana apa yang paling ditakuti ialah anda tidak mempunyai cita-cita untuk mencuba.”

“Sebagai seorang insan, kita tidak boleh gagal dalam hidup ini kerana kita dicipta bukan untuk gagal.”

“Kunci kepada kejayaan adalah dengan mengenali diri sendiri.”

“Jika mahu menjadi manusia yang berjaya, jangan sekali-kali memikirkan tentang kegagalan.”

'' jika kita sedia membantu,kita akan sedia dibantu "

“Kegagalan itu hanyalah kekalahan sementara tetapi kekecewaan adalah kegagalan yang berkekalan.”

“Jangan takut kepada matlamat yang gagal dicapai kerana yang paling ditakuti ialah tiada matlamat untuk dicapai.”

'' tiada kemanisan kejayaan jika bukan dengan titik peluh sendiri "


'' SAYANGI APA YANG ADA DI LANGIT PASTINYA KITA AKAN DISAYANGI OLEH APA YANG ADA DI BUMI "


" JANGAN KATA TAK TAHU KITA MESTI CARI SUPAYA TAHU "

" ORANG YANG KEDEKUT REZEKINYA TAK AKAN BERTAMBAH "

" BERI APA SAHAJA YG ADA DI DALAM SAKU KITA NESCAYA KITA DAPAT LEBIH DARIPADA ITU "

"HARI INI KITA MALAS,KESANNYA UNTUK HARI SETERUSNYA "

" RACUN YANG BERBISA ADALAH MALAS,PENAWAR YANG BERGUNA ADALAH RAJIN"

" SAHABAT MENCORAKKAN DIRI KITA "

"SIAPA KITA,LIHATLAH KAWAN KITA "

"KEGAGALAN HARI INI ADALAH PINTU KEJAYAAN UNTUK HARI ESOK "

"KITA SERING MENUNGGU DI PINTU YANG TERTUTUP TANPA MEMANDANG PINTU LAIN YANG SEDANG MENUNGGU  TERBUKA BUAT KITA "

"TIADA RESTU DALAM HIDUP KITA MELAINKAN DOA DAN RESTU BONDA "

"KATA-KATA IBU ADALAH DOA, NESTA IBU ADALAH BAHANA"

"TAK SEMUA BENDA PERLU DI KATA,TAK SEMUA BENDA PERLU DICERITA "

"CERITA JANGAN PERCAYA TANPA DIPERIKSA "

"KITA TAHU,TAPI MENGAPA KITA ALPA"

"BUKAN SAHABAT JIKA MENURUTI SEGALANYA "

"HIDUP KITA BAHAGIA JIKA TERHINDAR DARI SAHABAT YANG HANYA SAHABAT SEMENTARA "


"JIKA DIA BOLEH KENAPA TIDAK AKU  JUGA BOLEH "



  • ‘Orang yang berbahagia itu ialah orang yang mengambil pengajaran daripada orang lain’ – Abdullah Bin Mas’ud


  • ‘Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir’ – Abdullah Ibnu Abbas



  • ‘Seperti halnya karat memakan besi, demikianlah pula iri hati memakan manusia’ – Anisthenes


  • Setiap orang memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak dimiliki oleh orang lain’ – Arcele Ari Tandy




  • ‘Air yang terus menerus menitik itu akan dapat menembusi batu walaupun bagaimana kerasnya batu tersebut’


  • ‘Anda akan berasa betapa menyesal tidak mempunyai wang tetapi anda akan lebih menyesal jika tidak mempunyai pengatahuan’



  • Khamis, 24 Januari 2013

    KEISTIMEWAAN JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW

    Memang Rasulullah SAW manuasia hebat,tiada tara,tiada lawannya, jika dikatakan Nabi Yusof segak tapi Nabi Muhammad lebih segak ,jika Nabi Daud dikurniakan dengan merdunya suara,tetapi suara Nabi Muhammad lebih merdu.

    Mari kita lihat banyak lagi istimewanya Rasulullah SAW yang kita tidak tahu 

    Rasulullah SAW tiada bayang-bayang:
    Al-Hakim al-Tirmizi meriwayatkan daripada Zakwan: “Sesungguhnya Rasulullah SAW itu tidak mempunyai bayang-bayang sama ada ketika berada di bawah sinar matahari, mahupun bulan.”

    Rasulullah SAW tidak dihinggapi lalat :

    Al-Qadhi ‘Iyadh menyebut di dalam al-Syifa, dan al-’Azafi dalam Maulidnya: “Di antara keistimewaan Nabi Muhammad SAW, lalat tidak pernah menghinggapi baginda.”

    Ia juga disebutkan oleh Ibnu Sabu’ dalam al-Khasa’is, dengan lafaz: “Sesungguhnya lalat tidak pernah hinggap pada pakaiannya.”

    Beliau menambah: “Sesungguhnya di antara keistimewaan Rasulullah SAW, kutu tidak pernah menggigitnya.”

    Istimewanya darah Rasulullah SAW:

    Diriwayatkan oleh al-Bazzar, Abu Ya’la, al Tabrani, al Hakim dan al Baihaqi daripada Abdullah ibn al Zubair: “Bahawa dia pernah datang menemui Rasulullah SAW ketika sedang dibekam. Setelah selesai dibekam, Rasulullah SAW pun bersabda, “Wahai Abdullah! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di suatu tempat yang tiada sesiapa pun melihat kamu.”

    Tetapi dia meminum darah itu. Apabila pulang, Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Abdullah! Apakah yang telah kamu lakukan (terhadap darahku itu)?”

    Jawabnya: “Aku telah meletakkannya di tempat yang tersorok yang aku ketahui ia sememangnya tersembunyi daripada pengetahuan orang.”

    Rasulullah SAW bersabda: “Kemungkinan kamu telah meminumnya”. Kataku, “Ya!” Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia.”

    Peluh Rasulullah SAW wangi :
    Imam Muslim meriwayatkan daripada Anas berkata: Rasulullah SAW pernah datang kepada kami lalu tidur sebentar (qailulah) di tempat kami. Baginda SAW berpeluh (semasa tidur). Ibuku datang membawa sebuah botol kaca lalu menadah peluh Rasulullah SAW yang mengalir itu. Rasulullah SAW pun terjaga lalu bersabda, “Wahai Ummu Sulaim! Apakah yang engkau lakukan?” Dia menjawab: “Peluh ini akan kita jadikan minyak wangi kita, ia adalah wangian yang paling harum!


    Nabi Muhammad SAW terpelihara daripada menguap

    Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam al-Tarikh, dan Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf, serta Ibnu Sa’ad daripada Yazid ibn al-Asom, berkata: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah menguap sama sekali.”


    Keistimewaan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang tidak diberikan kepada Nabi-nabi yang sebelumnya adalah:
    .
    1. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam diutuskan kepada semua manusia dan jin. Sedangkan Nabi-nabi terdahulu hanya diutuskan kepada Kaumnya sahaja. (Hr Bukhari)
    .
    2. Dihalalkan harta rampasan perang (ghanimah) kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallamsedangkan tidak dihalalkan bagi manusia-manusia sebelum Nabi. (Hr Bukhari)
    .
    3. Semua tanah dan tempat di muka bumi ini boleh dijadikan tempat solat. (HBukhari)
    .
    4. Nabi-nabi dan ummat terdahulu tidak bersembahyang melainkan di tempat-tempat ibadah yang khusus. (Hr Ahmad)
    .
    5. Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam diberi bantuan ketika menghadapi musuh-musuh Islam dengan Allah SWT mencampakkan perasaan takut dalam hati-hati musuh sebelum sampai bertemu tentera-tentera Islam sejauh sebulan perjalanan. (Hr Bukhari)
    .
    6. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberi Syafaat. (Hr Bukhari) Syafaatnya untuk ummatnya bagi orang yang tidak melakukan syirik. (Hr Ahmad)
    .
    7. Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan “Jawamiul Kalim”. (Hr Muslim) Iaitu kalimah yang ringkas tetapi mengandungi banyak makna.
    .
    8. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah penutup bagi kenabian. (Hr Muslim)
    .
    9. Diberikan Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah dari gedung di bawah arasy. (Hr an-Nisaei)
    .
    10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan kunci-kunci bumi. (Hr Ahmad)
    .
    11.  Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam adalah orang yang pertama diberi nama Ahmad. (Hr Ahmad)
    .
    12. Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah yang sebaik-baik umat. (Hr Ahmad)
    .
    13. Diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang akan datang semasa dia lahir ke dunia lagi. (Hr al-Bazzar)
    .
    14. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam diberikan Telaga al-Kauthar di akhirat. (Hr al-Bazzar)
    .
    15. Mula-mula syaitan yang bersama Nabi Muhammad adalah kafir. kemudian Allah SWT membantu Rasulullah  Sallallahu Alaihi Wasallam dengan Islamnya syaitan tersebut.
    .
    16. Dijadikan saf Ummat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam seperti saf para malaikat. (Hr Muslim).
    .

    والله أعلم بالصواب

     (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
    .

    Rabu, 23 Januari 2013

    SIBUK RUPANYA MENGAJAR KITA MENJADI KREATIF

    Jumaat, 11 Januari 2013

    ALHAMDULILLAH KERNA KU TAU KU ADA-MU

    ALhamdulillah anaknda sulung dapat SM Teknik lebuhraya sultan abdul Halim jurusan Kejuruteraan Mekanikal ,daftar 21 januari ini,Alhamdulillah Ya Allah doa dan hajat tercapai

    siapa yg nak semak cubalah semoga berjaya http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakankvsmt2013/

    Rabu, 9 Januari 2013

    SENARAI TUGAS GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA


    Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media 
    1. Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
    2. Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan Pusat SumberSekolah.
    3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan pusat sumber sekolah.
    4. Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
    5. Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
    6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
    7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
    8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
    9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
    10. Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/PKG/Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
    11. Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber Sekolah.
    12. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.
    13. Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
    14. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.
    15. Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
    16. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
    17. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah (Oktober) dan NILAM (April dan Oktober) kepada BTP melalui PKG dan BTPN setiap tahun.
    18. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

    [Diambil dari BUKU PANDUAN TUGAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007]

    Isnin, 7 Januari 2013

    CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PRA SEKOLAH 2013


    RANCANGAN PELAJARAN HARIAN PRA SEKOLAH
    MINGGU :   2                                  TEMA :
    Hari : Ahad                              Tarikh :  6 Januari 2013               Masa : 8.45 – 9.15 pagi
    Tajuk                                       : 5.0 - Asas Bahasa Al-Quran dan Tulisan Jawi
    Standart kandungan             : 5.1 - Mengetahui bahasa Al-Quran
    Standart pembelajaran         : 5.1.5 –Mengenalpasti bentuk huruf hijaiyah
                                                     : 5.1.6 _Menyebut huruf  hijaiyyah
    Tunjang yang disepadukan   : Kerohanian sikap dan nilai
    Objektif                                    : Murid dapat menyebut dan mengenalpasti huruf alif- tha dengan betul   
      Aktiviti/Alatan                     : Menyebut huruf latih tubi,menwarnakan huruf  / Kad huruf, kaset
    Kosa kata                                : Huruf hijaiyyah
    Refleksi                               :                                                                           


    Hari : Isnin                              Tarikh :  7 Januari 2013               Masa : 8.45 – 9.15 pagi
    Tajuk                                       : 5.0 - Asas Bahasa Al-Quran dan Tulisan Jawi
    Standart kandungan             : 5.2 - Mengetahui huruf jawi
    Standart pembelajaran         : 5.2.1 -Menyebut huruf  jawi dengan bimbingan
                                                       : 5.2.2 -  Mengenalpasti bentuk huruf jawi
    Tunjang yang disepadukan   : Kerohanian sikap dan nilai
    Objektif                                     : Murid dapat menyebut dan mengenalpasti huruf alif- tha dengan betul   
      Aktiviti/Alatan                     : Menyebut huruf latih tubi,menwarnakan huruf  / Kad huruf, kaset
    Kosa kata                                 : Huruf jawi
    Refleksi                               : 


    Hari : Rabu                               Tarikh : 9 Januari 2013         Masa : 7.45 – 8.15 pagi
    Tajuk                                  : 1.0 - Aqidah
    Standart kandungan                 : 1.1 – Mengetahui Rukun Iman
    Standart pembelajaran              : 1.1.1 / 1.1.2 Menyatakan Rukun Iman 6 perkara
                                                         :Menyatakan 2 dari 6 Rukun Iman
    Tunjang yang disepadukan    : Kerohanian sikap dan nilai
    Objektif                                      : Murid dapat menyebut Rukun Iman dengan bimbingan
    Aktiviti/Alatan                          : Menyebut Rukun Iman, bernasyid
    Kosa kata                                   : Rukun Iman
    Refleksi                                : 
    Hari : Khamis                          Tarikh :  10 Januari 2013          Masa : 9.45 – 10.15 pagi
    Tajuk                                     : 4.0 - Akhlak
    Standart kandungan           : 4.2 – melakukan amalan seharain beradab-adab makan
    Standart pembelajaran        : 4.2.2 / 4.2.6 Menyebut adab sebelum dan selepas makan
                                                   : Menyebut adab sebelum dan selepas makan
    Tunjang yang disepadukan       : Kerohanian sikap dan nilai
    Objektif                                  : Murid dapat menyebut adab sebelum dan selepas makan
    Aktiviti/Alatan                     : Guru bercerita   / Buku cerita
    Kosa kata                              : Adab
    Refleksi                                  : 

    BAHAN JAWI PRA -1

    COMEL KAN DPT DR KAWAN http:KAK ANA





    Sabtu, 5 Januari 2013

    JENIS DARAH MEMPENGARUHI PERSONALITI


    Berikut adalah sifat personaliti seseorang berdasarkan jenis darah. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa jenis darah manusia juga dapat mempengaruhi watak seseorang. Ini hanya berdasarkan kajian sahaja dan anda tidak digalakkan untuk mempercayai sepenuhnya.


    Sumber: Ketahui Sifat Seseorang Mengikut Jenis Darah 


    PERMOHONAN TEKNIK 2013



    Keputusan Permohonan Sekolah Menengah Teknik 2013
    Untuk makluman, keputusan sekolah menengah teknik  akan diumumkan mulai 11 Januari 2013.


    Butiran Semakan Teknik 2013 Tingkatan 4:

    • Tarikh Semakan Teknik 2013 : 11 Januari 2013
    • Hari : Jumaat

    LINK Semakan Sekolah Teknik 2013 Tingkatan 4 :

    1. Semakan teknik 2013 boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
    2. Laman web untuk semakan teknik 2013 adalah di sini:

    => http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakankvsmt2013/



    Rabu, 2 Januari 2013

    BILA RINDU

    Semalam tepat jam 7.05 sebelum maghrib Intan call dari SMKAK,bila Ummmi kata hello......dia terus nangis tak boleh cakap,Ummi tau dia rindu kat rumah,bila Ummi tanya dia mengaku, begitulah jangan kata anak Ummipun rindu dengan Intan,adik2 kata tak dengar Intan dok marah depa,Auni terutamanya yg nampak ingat sangat kat Intan.
    Insyaallah hujung minggu ni umi akan p melawat Intan. Ummi buat solat hajat semalam bagi intan kuat,tabah dan bersemangat.

    Isnin, 31 Disember 2012

    SELAMAT TAHUN BARU 2013



    YA ALLAH UMMI BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN REZEKI-MU
     DITAHUN 2012,
    YA ALLAH SEMOGA TAHUN 2013 KAU KURNIAKAN NIKMAT DAN REZEKI YANG BERTERUSAN.

    PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SMKAK 2013

    Alhamdulillah tadi siang dah selesai hantar Intan masuk SMKAK ,insyaallah Ummi yakin dan tawakkal Intan selamat dan selesa. biarlah untuk berjaya kita kena tempuh kesusahan.

    Photo: majlis pendaftaran pelajar ting 1. pendaftaran terkini hingga jam 12 seramai 120 orang

    Ahad, 23 Disember 2012

    JOM MELANGKAU SEMPADAN

    22 Disember 2012,Ummi sekeluarga ke Negara Gajah Putih,kawasan yg kami pegi mula2 Klong Ngek iaitu pasar pagi yang terletak lebih kurang 20 Km dari pekan Danok iaitu sempadan antara Thailand dan Malaysia.
    Ha nak cerita pasal matawang Bath Thailand senang ja buang kosong belakang kalau 200 Bath kiranya RM 20 kita,kan senang.
    Ummi masuk ke sana menggunakan boder pas sebab hanya orang yg alamatnya Kedah dan Perlis saja yg boleh guna boder pas kalau org negeri luar kena buat pasport antarabangsa.
    Boder pas boleh buat sekeluarga  yg bilangan ahli tak lebih 6 org dan anak2 di bawah umur 15 tahun kalau lebih kena buat asingla, bayaran yg dikenakan cuma RM 10 ja,kita buat boder pas kat pejabat imegresen la.
    Kebetulan time kami kat pemeriksaan kastam memang ramai maklumla kan sambung dengan Cuti Krismas.
    Ha patah balik cerita pasal pasar Klong Hae ,kat sini terkenal dengan pasar bundel segalanya ada baju,kasut,cadar,pingan mangkuk tapi yg best pokok bunganya murah2 ,tapi problem kita x leh bawa balik ke Malaysia kalau ada tanah,kalau dapat kat kastam depa cabut bagi pokoknya saja, Ummi macam biasala pokok orkhid ,murah2
     
    mana tak geram sepasu cuma RM 4

    yg gantung besag tu baru RM 15 kalau kat sini mau 30-40 kan

    Lepas kat situ terus p Hatyai ronda2 kat pekan tu ,selalu kami pegi kedai mainan,ini lagi satu anak2 pening nak pilih,bayangkan semua jual secara sepapan-sepapan tapi murah , kalau kat sini satu benda mainan jual RM 5 kat situ sepapan bolehdapat 500 Bath ,RM 5 la tu.Ummi beli banyak nak bagi kat anak2 buahla.

    Ini kat Pantai Samila

    \
    Meneruskan perjalanan ke Wilayah Songkla, ha Ummi pegi dengan kenderaan sendiri sebab Suami dah biasa pergi so dah terro jalan kat sini ,dia orang selalu bike ,Ummi ini kali ke 4 masuk Thailand,Ini gambar kat Sarmila beach antara pantai yg selalu dikunjungi la, tak ada yg pelik semua ok ja sebab org bawa keluarga yg pelik2 ada sebelah Krabi.

    Ini yg best,petang mula jam 5 cuma Hari Jumaat,sabtu dan ahad Floting market kat Klong Hae atau senang cerita Pasar terapung,semua meniaga kat dalam perahu,makanan ada yg muslim ada yg non muslim,bahasa tak paham lansung main tunjuk2 ja
    bila kita nak bayar letak kat dalam bakul dia kasi makanan pun letak dalam bakul tu




    kat belakang tu banyak bekas minuman 20 Bath duit kita RM 2,pilih nak air apa bekas yg mana bekenan lepas minum bawa balik terus x yah bagi balik, yg tak pernah pegi sure gila menghimpun bekas tu
    Ini macam otaak2 la
    kalau tengok floting market dari jambatan atas

    ha ini yang best ada macam2 ulat goreng,lipas goreng

    sapa tau nama apa ,ini namanya buah Paq Qau cantikkan Ummi beli tapi x lalu.........
    Ini tut-tut kira macam teksi la, naik la kemana pun dalam kawasanla cuma bayar 20 bath



    Ini kami naik Feri dari Wilayah Songkla nak balik ke Hatyai, kereta dan org cuma bayar 20 Bath
     RM 2 ja,kalau org jalan kaki free,kalau naik feri ni perjalanan lebih singkat,nak balik jalan darat pun boleh.........

    Apapun perjalanan sehari bermula sesudah subuh melalui Bukit Kayu Hitam,Pekan Danok,Pekan Sadoa,Bandaraya Hatyai,Wilayah Songkla menyeronokkan,alhamdulillah sebelum pintu sempadan ditutup jam 12 malam kami dah lepas masuk Malaysia ,kali ni tak tidur tahun lepas kami pergi sampai Satun.

    Nak try ,tryla takpa selamat insyaallah wilayah yg bergolak tempat lain.Selamat bercuti.










    Rabu, 19 Disember 2012

    ALHAMDULILLAH PMR 2012


    ALHAMDULILLAH ANAKANDA SULUNG MENDAPAT 7A 1B,TAHNIAH BUAT GURU-GURU DAN WARGA SEK MEN KEB DATUK SYED AHMAD KUALA NERANG.

    TAHNIAH SMKDSA SEKOLAH TERBAIK NEGERI KEDAH KATEGORI LUAR BANDAR .TIMBALAN PENGARAH JPN KEDAH MENYAMPAIKAN SLIP KEPADA MURID YG MENDAPAT 8A DAN 7A. 

    SEK KLUSTER KECEMERLANGAN DATO SYED AHMAD KUALA NERANG,TERBUKTI SEKOLAH LUAR BANDAR JUGA MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YG BERJAYA.

    SEBENARNYA DIMANAPUN SESEORANG ANAK KITA SEKOLAH, BUKAN ALASAN, SEBAB DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN.


    Selasa, 18 Disember 2012

    KEPUTUSAN PMR 2012

    Tarikh Keputusan PMR 2012 Keputusan PMR 2012 Online @ SMS Pada 19 Disember 2012 (Hari Rabu Ini)?
    Esok result PMR 2012 keluar, Ummi berdebar lagi,anaknda yang sulung pula menunggu resultnya, semoga berjaya, apapun dapat Ummi redha sebab dah usaha.
    Semakan keputusan PMR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 Disember 2012 selepas jam 10 pagi. Bagi kemudahan calon sejumlah 481,424 orang calon telah menduduki PMR 2012 di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan PMR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS)
    Dikatakan tahun 2012 ni tahun last PMR,lepasni pakai sistem PBS,
    Esok boleh SMS kat Sini

    Semak Keputusan PMR 2012 Secara SMS

    • Taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888
    • Contoh: PMR BC001A040 hantar ke 15888

    SEMAKAN PERMOHONAN SMKA 2013

    Alhamdulillah berita gembira dan rezeki dari Allah,anaknda Intan Amni Farihah dapat sekolah yang dipohon iaitu SMKA Agama Kedah Mergong, tercapai hajat anak dan Ummi untuk ada anak sebagai warisan di sekolah SMKA tu.
    Ummi adalah antara murid yg first guna SMKAK tu,kami berpindah setelah menumpang di SMK Tunku Anom,kami pindah tahun 1989,kami first koyak sarung plastik baru bantai n tilam baru,kami first guna segala kerusi,meja ,loker asrama baru.
    Yang tak dapat dilupakan petang-petang kami dengan guru-guru menanam pokok-pokok buah yg dah besar2 di sekeliling sekolah tu, dah 20 tahun Ummi tinggalkan SMKAK tu, banyak kenangan dah ramai Ustaz dan guru yg kembali ke Rahmatullah,semoga ilmu dan jasa mereka menjadi bekalan dan roh mereka diRahmati Allah.

    Kat sini ada link kalau tak check lagi ,semoga berjaya;
                     SEMAKAN SMKA 2013

    Sabtu, 15 Disember 2012

    TELUK NIPAH,PANTAI MERDEKA

    13 dan 14 dis 2012 Ummi seisi keluarga semua berkemah dan berhomestay kat Teluk Nipah, alhamdulillah semua lima beradik,anak menantu,cucu2 ,mak dan ayah dapat berhimpun. alhamdulillah dapat homestay yg selesa kat situ, semua lengkap dari alat masak sehinggakan alatan tidur, bilik tidur dan bilik air memuaskan, yg bestnya time malam puak lelaki pakat diri khemah kat luar.
    Seronok time berkayak,rezeki suami Ummi dapat tiket guna kayak Pusat KoKu Kedah sebab dia jurulatih.Time balik singgah kat pantai Merdeka kena pulak ABC Gunung Jerai ,Ya Allah tinggi ,besaq sorg mmg tak habis punya la.
    Ummi n anak2

    kemah puak adam

    depan homestay RM250 ,complet n selesa

    seronok tok dengan cucu2

    mak kata tak pernah seumur hayat dia mula takut lastnya...........

    setelah 20 tahun tak pernah berkayak akhirnya dapat jugak...............


    Jeti tempat nelayan naikkan ikan ,Mak beli ikan campur2 sebakul RM10 ja


    semua tak sabar nak kayak


    ABC Gunung Jerai RM 4.00 kena share 3 org