Senarai
Tugas Guru Perpustakaan dan Media
- Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 hingga 8
waktu seminggu.
- Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan
Pusat SumberSekolah.
- Merancang dan mengurus belanjawan tahunan pusat sumber
sekolah.
- Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang
komprehensif, seimbang dan kemaskini.
- Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat
dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang menyokong pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
- Merancang dan mengurus program pembacaan (Program
NILAM) dan pembudayaan ilmu.
- Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan
staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
- Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber
Sekolah.
- Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber secara kolaboratif.
- Berhubung dan bekerjasama dengan BTPN/PKG/Perpustakaan
Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
- Menyelia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber
Sekolah.Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk/Kerja Pusat Sumber
Sekolah.
- Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat
Sumber Sekolah.
- Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan
Pusat Sumber Sekolah.
- Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan
Perpustakaan/Pusat Sumber Sekolah Negeri.
- Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung
dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
- Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan,
pengurusan program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
- Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat
Sumber Sekolah (Oktober) dan NILAM (April dan Oktober) kepada BTP melalui
PKG dan BTPN setiap tahun.
- Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.
[Diambil dari BUKU PANDUAN TUGAS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH UNTUK GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA SEKOLAH (GPM) terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007]