Ahad, 23 Disember 2012

JOM MELANGKAU SEMPADAN

22 Disember 2012,Ummi sekeluarga ke Negara Gajah Putih,kawasan yg kami pegi mula2 Klong Ngek iaitu pasar pagi yang terletak lebih kurang 20 Km dari pekan Danok iaitu sempadan antara Thailand dan Malaysia.
Ha nak cerita pasal matawang Bath Thailand senang ja buang kosong belakang kalau 200 Bath kiranya RM 20 kita,kan senang.
Ummi masuk ke sana menggunakan boder pas sebab hanya orang yg alamatnya Kedah dan Perlis saja yg boleh guna boder pas kalau org negeri luar kena buat pasport antarabangsa.
Boder pas boleh buat sekeluarga  yg bilangan ahli tak lebih 6 org dan anak2 di bawah umur 15 tahun kalau lebih kena buat asingla, bayaran yg dikenakan cuma RM 10 ja,kita buat boder pas kat pejabat imegresen la.
Kebetulan time kami kat pemeriksaan kastam memang ramai maklumla kan sambung dengan Cuti Krismas.
Ha patah balik cerita pasal pasar Klong Hae ,kat sini terkenal dengan pasar bundel segalanya ada baju,kasut,cadar,pingan mangkuk tapi yg best pokok bunganya murah2 ,tapi problem kita x leh bawa balik ke Malaysia kalau ada tanah,kalau dapat kat kastam depa cabut bagi pokoknya saja, Ummi macam biasala pokok orkhid ,murah2
 
mana tak geram sepasu cuma RM 4

yg gantung besag tu baru RM 15 kalau kat sini mau 30-40 kan

Lepas kat situ terus p Hatyai ronda2 kat pekan tu ,selalu kami pegi kedai mainan,ini lagi satu anak2 pening nak pilih,bayangkan semua jual secara sepapan-sepapan tapi murah , kalau kat sini satu benda mainan jual RM 5 kat situ sepapan bolehdapat 500 Bath ,RM 5 la tu.Ummi beli banyak nak bagi kat anak2 buahla.

Ini kat Pantai Samila

\
Meneruskan perjalanan ke Wilayah Songkla, ha Ummi pegi dengan kenderaan sendiri sebab Suami dah biasa pergi so dah terro jalan kat sini ,dia orang selalu bike ,Ummi ini kali ke 4 masuk Thailand,Ini gambar kat Sarmila beach antara pantai yg selalu dikunjungi la, tak ada yg pelik semua ok ja sebab org bawa keluarga yg pelik2 ada sebelah Krabi.

Ini yg best,petang mula jam 5 cuma Hari Jumaat,sabtu dan ahad Floting market kat Klong Hae atau senang cerita Pasar terapung,semua meniaga kat dalam perahu,makanan ada yg muslim ada yg non muslim,bahasa tak paham lansung main tunjuk2 ja
bila kita nak bayar letak kat dalam bakul dia kasi makanan pun letak dalam bakul tu




kat belakang tu banyak bekas minuman 20 Bath duit kita RM 2,pilih nak air apa bekas yg mana bekenan lepas minum bawa balik terus x yah bagi balik, yg tak pernah pegi sure gila menghimpun bekas tu
Ini macam otaak2 la
kalau tengok floting market dari jambatan atas

ha ini yang best ada macam2 ulat goreng,lipas goreng

sapa tau nama apa ,ini namanya buah Paq Qau cantikkan Ummi beli tapi x lalu.........
Ini tut-tut kira macam teksi la, naik la kemana pun dalam kawasanla cuma bayar 20 bath



Ini kami naik Feri dari Wilayah Songkla nak balik ke Hatyai, kereta dan org cuma bayar 20 Bath
 RM 2 ja,kalau org jalan kaki free,kalau naik feri ni perjalanan lebih singkat,nak balik jalan darat pun boleh.........

Apapun perjalanan sehari bermula sesudah subuh melalui Bukit Kayu Hitam,Pekan Danok,Pekan Sadoa,Bandaraya Hatyai,Wilayah Songkla menyeronokkan,alhamdulillah sebelum pintu sempadan ditutup jam 12 malam kami dah lepas masuk Malaysia ,kali ni tak tidur tahun lepas kami pergi sampai Satun.

Nak try ,tryla takpa selamat insyaallah wilayah yg bergolak tempat lain.Selamat bercuti.