Sabtu, 10 Mac 2012

CUTI

                                   
   CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
                 (9-17 MAC 2012)
                              

AIR TANGAN UMMI

                          

Pagi ni sesudah subuh n ngaji ,Ummi dok pikir apa nak buat brefast,tgk pisang,ubi n jagung x ada,ha teringat lama tak buat nasi minyak tumis,so jadilah pagini lauknya biasa ja bilis sambal n telur goreng,syukur anak2 bangun pagi dah tonteng2 cari makan kat dapur ,maklumlah school holidy kan jadi kita para ibu kenalah bersedia x kering tangan. Dok pekiag tengahhari nak masak apa pulak,suami kata apalah Ummi ni yg nipun kami makan belum habis dah dok ingat nak masak apa pulak itulah namanya ibu,asyik dok pikir apa yg nak bagi kat anak2 dan keluarga
                                
                                
kelebihan apabila kita masa utk keluarga :

1.walau kemana anak2 pergi mereka akan ingat masakan kita
2.anak2 kata masakan ummi tiada tandinga, masuk perut puas rasanya,kalau makan yg beli kejap saja rasanya.
3.kita tahu ganjarannya kan...
4.sambil masak kita boleh amalkan ayat2 yg ustazah dok ajar2 tu................

amalkan : يالطيف ( Maha Suci Allah yang melembutkan segala hati2)
                                 

Jumaat, 9 Mac 2012

MUTIARA @ KELAPA

Untuk anak-anak didikku yang perawan di luar sana...

Apabila kamu berkawan dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang...
Yang Pertama.. Kamu jadi seperti kelapa.. mudah diperoleh... diparut.. diperah.. dan diambil santannya.. Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua.. Kamu menjadi sebutir mutiara.. Berada di dasar lautan.. Tersimpan rapi.. Dilindungi kulit.. Bukan senang nak melihat.. Apa lagi mendapatkannya.. hanya orang yang bertuah.. Berusaha menyelami dasar lautan.. Dapat memperolehnya.. Harganya mahal sekali.. Dan ia akan tersimpan selamanya.. Jadi.. Kamu pilihlah sama ada hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..


                                               

                                          
Di sebalik santan.. menjadi penyedap makanan.. diperah segala kenikmatan.. dengan mudah jatuh menjadi titisan.. akhirnya habis kari dimakan.. pulut panggang sisa habis ditelan.. dan santan hilang tak jadi ingatan.. yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang.. orang tak kenang jasa santan..

Mutiara.. tertanam di dasar yang paling dalam.. sukar andai mengharap jadi perhatian kerana dilapisi kulit yang keras menghadang.. namun kiranya ditemui insan.. akan menjadi permata hiasan.. terletak tinggi di cincin idaman.. atau di leher nan jinjang.. atau di lengan menawan.. makin lama mutiara tertanam.. makin tinggi nilaian..

OLEH ITU..TENTUKAN YANG MANA SATU PILIHAN..


Menjadi santan.. mudah jadi perhatian.. tapi hanya sebentar jadi santapan.. kemudian hilang segala nikmat dan pujian..
Menjadi mutiara.. sukar ditemukan.. namun bila dihias indah gadis perawan.. hilang ia.. tangisan mengiringi berzaman....

"PEREMPUAN YG BAIK UNTUK LELAKI YG BAIK " insyaallah
 with Humaira Rahman.

HATI OH HATI

                              

Kita Tidak Suka, Tapi Kenapa Kita Buat Juga?

• Kita suka bila kita dipercayai, tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain?
• Kita suka bila kita disanjungi, tetapi kenapa kita tidak suka menyanjungi orang lain...?
• Kita tidak suka di caci, tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain?
• Kita tidak suka dikhianati, tetapi kenapa kita suka mengkhianati orang lain?
• Kita tidak suka dibenci, tetapi kenapa kita suka membenci orang?
• Kita tidak suka disakiti, tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain?
• Kita tidak suka dipersalah, tetapi kenapa kita suka menyalahkan orang lain?
• Kita tidak suka dikritik, tetapi kenapa kita suka mengkritik orang lain?
• Kita tidak suka hak kita dirampas, tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain?

Kalau kita ingin dihormati, kita juga mesti belajar untuk menghormati orang lain dahulu.
Kalau kita ingin dihargai, kita juga mesti belajar untuk menghargai orang lain.
Kalau kita ingin difahami, kita juga mesti belajar untuk memahami orang lain.
Kalau kita ingin dikasihi, kita juga mesti belajar untuk mengasihi orang lain.
Kalau kita ingin disayangi, kita juga mesti belajar untuk menyanyagi orang lain.

• Kita suka bila kita dipercayai
• Kita suka bila kita dihargai
• Kita suka bila kita dihormati
• Kita suka bila kita dikasihi
• Kita suka bila kita difahami
• Kita suka bila kita disayangi
• Kita juga suka bila kita dipuji

Tetapi, kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta dan Pentadbir alam ini??

Kita juga sangat suka bila kita dicintai, tetapi kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari cinta Rabbul Izzati, Allah yang Maha Mengasihani?
Wa’Allahu ‘Alam

BUAH EPAL VS JAMBU BATU

BUAH EPAL DAN JAMBU BATU
    
Menarik utk dibaca dari kawan Ummi...........

Seorang guru matematik, Cikgu Fatimah sedang mengajar murid-murid Tahun Satu. Dia bertanya kepada seorang murid yang bernama Khalil.


"Khalil, jawab soalan cikgu. Jika cikgu beri kepada k...amu sebiji epal dan sebiji lagi dan sebiji lagi, berapa biji epal yang kamu ada sekarang?"


" Empat biji, cikgu"

Cikgu Fatimah mengharapkan Khalil menjawab "tiga biji". Beliau agak kecewa.

"Ah, mungkin juga Khalil tidak mendengar soalan betul-betul" fikir cikgu Fatimah.

"Khalil, dengar betul-betul. Jika saya beri kamu sebiji epal dan sebiji lagi dan sebiji lagi, berapa biji epal yang kamu ada sekarang?"

Khalil memahami kekecewaan yang jelas terbayang di wajah gurunya. Dia cuba mengira dengan menggunakan jari jemarinya. Dia juga berfikir kenapa agaknya jawapan yang diberinya seolah-olah salah pada pandangan cikgu Fatimah. Selepas beberapa lama mengira jari, akhirnya Khalil menjawab soalan guru tersebut.

"Empat biji, cikgu"

Cikgu Fatimah bertambah kecewa. Kemudian beliau teringat yang Khalil suka buah jambu batu. Cikgu Fatimah terfikir mungkin Khalil hilang fokus kerana dia tidak suka epal. Kemudian dia bertanya lagi kepada Khalil dengan muka yang ceria.


"Jika saya beri kamu sebiji buah jambu batu dan sebiji lagi dan sebiji lagi, berapa biji buah jambu batu yang kamu ada sekarang?"


Melihat wajah cikgu Fatimah yang ceria itu, Khalil mengira lagi jari jemarinya. Khalil tenang saja tapi cikgu Fatimah sedikit rasa tertekan. Dia berharap Khalil dapat menjawab dengan betul pada kali ini. Dengan penuh yakin, Khalil menjawab.


"Tiga biji, cikgu"


Cikgu Fatimah tersenyum lebar. Caranya dengan menukar jenis buah itu berkesan nampaknya. Beliau ingin mengucapkan tahniah kepada dirinya sendiri. Tapi sekali lagi beliau bertanya kepada Khalil.

"Sekarang saya beri kepada kamu sebiji epal dan sebiji lagi dan sebiji lagi, berapa biji epal yang kamu ada sekarang?"

"Empat biji, cikgu" Khalil menjawab dengan spontan.

Cikgu Fatimah terkejut dengan jawapan Khalil. Beliau mula rasa nak marah kepada Khalil.

"Kenapa dan bagaimana boleh jadi empat biji?"

Khalil rasa gerun mendengar suara Cikgu Fatimah yang agak tinggi itu. Dengan suara yang terketar-ketar dia menjawab.

"Kerana di dalam beg saya, ada sebiji epal lagi yang saya bawa dari rumah. Kalau cikgu bagi sebiji epal dan sebiji lagi dan sebiji lagi ditambah dengan epal yang memang ada di dalam beg saya, tentu jadi empat biji"

Cikgu Fatimah terdiam, tidak tahu apa yang harus diucapkan kepada Khalil.

Moralnya kepada kita

Dalam sesuatu perbincangan tidak kira samada perbincangan keluarga, perbincangan di tempat kerja atau di mana sahaja, jika seseorang memberi pendapat yang berbeza, tidak seperti yang kita harapkan, jangan terlalu mudah mengatakan bahawa pendapat itu tidak betul atau salah. Mungkin ada aspek-aspek yang kita tidak nampak dan tidak faham. Luangkan masa untuk mendengar penjelasan dan jangan cepat melenting jika pendapat orang lain berbeza daripada pendapat kita. Cara kita memandang dan memahami sesuatu perkara itu berbeza dan sudah tentu kita ada pendapat yang berbeza-beza juga. Kita tidak boleh memaksa orang lain menerima pendapat kita begitu juga sebaliknya. Tidak ada pendapat yang betul atau salah. Mungkin nampak salah di mata kita tapi nampak betul di mata orang lain. Jadi belajarlah menghormati pendapat orang lain. Menghormati pendapat orang lain tidak semestinya kita menerima pendapat tersebut.
See More

RAHSIA UNTUK BAIKI DIRI KITA

RAHSIA DISUKAI RAMAI....

Anda tentunya akan disukai ramai sekiranya :

1)Bila anda mengucapkan “Selamat Pagi” atau “Assalamualaikum” , anda mengucapkannya dengan bersungguh-sungguh, terang dan sepenuh hati.

...
2)Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.

3)Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.

4)Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.

5)Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.

6)Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.

7)Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda.

8)Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.

9)Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

10)Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.

11)Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.

12)Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.

13)Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.

14)Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.

15)Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.

16)Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).

17)Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.

18)Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.


 

Khamis, 8 Mac 2012

SELAMAT HARI WANITA 2012

[womenday[5].gif]



Selamat hari wanita, ia ka memangla setiap  hari dimulakan dan dibuka oleh wanita,kenapa Ummi kata macamni sebab Ummi,Emak,Ibu,Mama,Mummy adalah orang yg mula bangun setiap pagi, jangan kata bangun pagi2 nak tidur malampun dah ready utk apa nak buat pagi esok, betolkan " wahai wanita ".

Kalau di Afrika merupakan satu hari cuti umum ,sampai macam tu sekali, ka haritu semua wanita Afrika  rehat2 tak masak,tak kerja tak buat apa2.

Dalam Islam :
Wanita telah dimuliakan oleh Rasulullah sebanyak tiga kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke empat barulah kaum adam. Wanita juga dimuliakan dengan kata-kata "Syurga di bawah telapak kaki ibu". Selain itu, title syahid juga telah diberikan kepada ibu yang meninggal ketika bersalin.

Semoga kita wanita2 diseluruh dunia semakin bersemangat dan ingatlah redha anak2 dan keluarga ada pada kita, kita mudah masuk syurga tapi kitalah juga yg paling ramai dalam neraka

Kedudukan ibu terhadap anak-anaknya lebih didahulukan daripada kedudukan ayah. Ini disebutkan dalam firman Allah,

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada ibu-bapaknya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu. Hanya kepada-Ku lah kamu akan kembali.” (QS. Luqman: 14)


Begitu pula dalam firman-Nya, “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapaknya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandung dan menyapihnya adalah tiga puluh bulan.” (QS. Al-Ahqaf: 15)




Ahad, 4 Mac 2012

PERINGATAN BUAT KITA WANITA



SUBHANALLAH, CANTIK ITU BERBAGAI CARA DAN BERMACAM RUPA, SERINGKALI KITA LIHAT YG BERPURDAH DAN BERHIJAB YG HANYA NAMPAK MATANYA YA ALLAH CANTIKNYA...........

                             

GURAUAN KETAWA

Pagi tadi Ummi dengar di Radio IKIM "Garis panduan Gurauan dalam Islam ".
Ummi nak kongsi bersama apa yang digengar :

1.Gurauan mestilah sesuatu yang benar, jangan bergurau kalau perkara itu bohong dan palsu. Contoh seorang tua pernah datang dan berkata kepada Rasulullah SAW,

 Ya Rasulullah! Doakanlah aku masuk syurga, rasulullah menjawab " orang tua tak boleh masuk syurga " orang tua itu sangat sedih kerana peluangnya tiada kemudian rasulullah menjelaskan bahawa di syurga kelak semua orang akan jadi muda dan remaja,tiada usia tua, maka barulah difahaminya, ini benar kerana disebut di dalam al-quran.

2. Gurauan mestilah bersesuaian masa. jangan bergurau contohnya diwaktu seseorang itu sedang bersedih.

3. Gurauan tidak melampaui batas, sehingga membuat hati seseorang itu terguris dan sedih.

Contoh gurauan dan ketawa Rasulullah SAW

Ketika sedang Sahabat baginda Saidina Abu Bakar sedang menikmati  buah kurma, datanglah baginda mendapatkan Saidina Abu Bakar dan duduk berhadapan dengan beliau.

Ketika ini Saidina Abu Bakar memakan kurmanya lalu mengasingkan biji kurma tersebut dan meletakkan dan mengumpulkannya di hadapan beliau, dan Baginda turut bersama beliau menikmati buah kurma tersebut namun tiada sebiji pun biji buah kurma di hadapan baginda kerana baginda mencampakkan biji-biji buah kurma di tempat pengumpulan sahabatnya itu apabila sahabatnya sedang leka, dan ketika itulah baginda bersabda " Wahai Abu Bakar, Ku lihat dikau ini orang yang tersangat kuat makannnya lihatlah bertapa banyaknya jumlah biji-biji kurma yang telah dikau himpunkan."

Saidina Abu Bakar memandang Baginda seraya berkata "Wahai Kekasih Allah, yang kuat makannya adalah orang yang berada dihadapan ku kerana dia telah memakan buah kurma dengan biji-bijinya sekali" selesai Saidina Abu Bakar berkata maka ketawalah Rasulullah dengan hanya menampakkan sedikit gigi hadapannya yang putih bersih.

Begitulah keadaan tahap Rasulullah bila baginda ketawa (yang sedangkan itu adalah hanyalah senyuman sahaja bagi manusia seperti kita) dan Saidina pernah berkata itulah ketawa Baginda yang paling kuat dan tidak lebih daripada itu.


Marilah kita berwaspada dan beringat2 di dalam gurauan harian kita...........
                                          

Jumaat, 2 Mac 2012

RABIULAKHIR (17 MAC-15 APRIL)


Rabiulawal bererti bermulanya musim bunga bagi tanaman maka Rabiulakhir pula ertinya musim bunga yang akhir. Bulan ini merupakan peringkat akhir bagi tanaman-tanaman berbunga.

Pada waktu itu biasanya tanaman-tanaman di Tanah Arab akan mengalami peringkat akhir berbunga sebelum musim sejuk tiba. Selain dari Rabiulakhir, bulan ini juga dipanggil dengan nama Rabiul Thani yang membawa pengertian yang sama.

Perlu diketahui bahawa itu adalah gelaran nama bagi satu-satu bulan yang pada asalnya nama itu sudah wujud sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w lagi dan setelah Rasulullah mendapati nama-nama bulan itu tidak memberi makna yang buruk maka Rasulullah s.a.w mengekalkannya. Maka sebenarnya nama Rabiulakhir itu sendiri tidak ada perkaitan dengan ketetapan musim bunga atau buah kepada tanaman.

Cuaca, iklim, suhu dan musim adalah berkait rapat dengan peredaran matahari dan bintang-bintang lain sedangkan takwim Islam Qamari adalah berlandaskan kepada peredaran bulan mengelilingi bumi.

Kesimpulannya, Rabiulakhir yang bermakna musim bunga yang akhir tidak dapat dikaitkan dengan musim bunga sebenarnya, ia hanya sekadar nama bagi bulan itu sendiri.
Antara peristiwa-peristiwa penting dalam bulan Rabiulakhir :-
  1. Peperangan - ada beberapa peperangan yang dicatat berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w yang berlaku di bulan Rabiulakhir di antaranya Peperangan Najran, Pengusiran kaum Yahudi Bani Nadir, Peperangan Al-Ghabah / Zi-Qarad dan Peperangan Al-Ghamar.
  2. Pengepungan Damsyik - pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a diketuai oleh Abu 'Ubaidah bin Al Jarrah dan Khalid bin Al Walid r.a tahun 14 Hijrah dan seterusnya membawa kepada pembukaan Damsyik.
  3. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a meninggal dunia dan Sayidina Umar Al-Khattab r.a di bai`ah menjadi Khalifah yang kedua.
  4. Peperangan Jamal - tahun fitnah di mana Sayidina Aisyah r.a terheret dalam kancah peperangan menentang Khalifah Ali r.a.
  5. Ramai sahabat-sahabat yang gugur syahid antaranya Talhah r.a dan Ibnu Zubir r.a.
  6. Imam Ghazali meninggal dunia.
  7. Ada pendapat yang mengatakan 27 Rabiulakhir adalah tarikh Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w (tarikh difardukan solat). Namun begitu tarikh yang masyhur dan yang diguna pakai di Malaysia ialah 27 Rejab. Sehingga sekarang masih belum ada kajian rasmi individu atau pihak tertentu yang menyemak kembali tarikh sebenar Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.


Fadhilat :-
Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardu mahupun yang sunat di bulan Rabiulakhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita diminta untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

Terdapat banyak lagi amalan sunat yang masih kita tidak lakukan atau tidak berkesempatan melakukannya. Maka pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang kita tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini.

Disamping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga mesti cuba memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat qabliah dan ba`diah, puasa Isnin / Khamis, sedekah, membaca Al-Qur`an dan lain-lain lagi.


SUMBER : www.al-azim.com

EMBUN.................


                          SEPERTI EMBUN DI HUJUNG RUMPUT
   
                                       "Kasih sayang yang lekas hilang"

Itu makna kalau dalam peribahasa melayu tapi kasih sayang
SRI EMBUN takkan  hilang, kerana ianya berseri maka ianya akan dinanti setiap pagi menjelang, walaupun ianya akan hilang tapi ia pasti ada lagi esok hari, insyaallah selagi ada hayat selagi ada kudrat selagi ada iradat ianya akan terus menitiskan kasih sayang.