Ahad, 8 April 2012

PANTANG ORANG BESALIN

 Malam ni lawak bila Ummi dok baca fb Dunia cikgu Pompuan , pasai  apa makan laksa tak boleh............
so Ummi ingat2 balik maklumla lama dah tak berpantang,anak yg lastpun dah darjah 2,
  • Tak boleh minum air banyak - sebabnya nanti urat kembang (lebih kurang macam tula)
  • Makan pun hanya dalam kuantiti sedikit - tak boleh tambah dahla lauk ikan kering ja
  • Tak boleh minum ais (sampai setahun juga)
  • Tak boleh makan nasi sejuk/nasi semalam - untuk elak masuk angin
  • Tak boleh duduk direct dengan angin (apatah lagi aircond) - sebabnya nanti badan masuk angin (ni betul kot sebab pernah duduk dalam aircond sekejap terus seram sejuk badan)
  • Kaki kena berstoking -  dok iklim sejuk sentiasa untuk elak masuk angin
  • Ibu jari kena jaga jangan bagi tersadung - sebabnya urat rahim terletak disitu
  • Jangan dukung baby lain semasa berpantang - sebabnya takut turun darah
  • Duduk kena elok-elok (bersimpuh dan tak boleh mengangkang) - supaya tulang punggung tak kembang
  • Tak boleh duduk atas lantai (atas tempat sejuk)
  • Elak makanan yang sejuk dan berangin seperti kekacang, timun, kobis dsb 
  • Elak makanan yang tajam dan berbisa - macam air tebu pun Ibu still pantang
  • Tak boleh membaca, menulis dan menjahit - sebabnya nanti mata cepat rabun
  • Tak boleh keluar rumah sangat 
  • Tak boleh buat benda berat macam angkat baldi penuh berisi air - hanya boleh angkat barang seberat bayi kita
  • Tak boleh makan laksa dan mee kuning (ini Ibu amal sampai setahun) - sebabnya kapur nanti boleh kasi kembang urat
  • Rambut kena ikat cekang2 - sebabnya nak elak masuk angin
  • Jangan terlampau stess atau fikir sedih-sedih - takut meroyan
  • Tunggu 100 hari sebelum bersama - ???????????????????????