Selasa, 24 April 2012

OTAK....................

Petang tadi, Mesyuarat persiapan untuk Program Jejak  Maklumat PKG Pokok Sena, jenuh jugak la nak memikirkan segala benda bagi memastikan lancarnya perjalanan program.
Seronok sebab semua bagi pendapat dan diguna pakai mana yg ok, tapi tak habis jugak, so sambung hari ahad 29 April di tempat program iaitu di SAINA,harap2 semua berjalan lancar.


"BERFIKIR MENJADIKAN KITA CEKAP DAN CEPAT"

"Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
 
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."