Isnin, 6 Mei 2013

PETUGAS PRU 13-2013



Dah selesai PRU 13,2013 ,alhamdulillah selesai segalanya.Lepasni kita mula yang baik2 buang yang keruh ambil yang jernih,kalau dah jernih kita bagi jernih lagi kan. Kelmarin buat pertama kali Ummi bertugas sebagai kerani undi SPR.Ummi kena saluran 1,maknanya saluran warga veteren warga emas yang memang emas tulin ,kenapa Ummi kata macam ni sebab bila semak senarai nama ada yang paling tua lahir tahun 1919, subhanallah panjangnya umur Allah kurniakan. Ada yang datang bertongkat,ada yg datang berpimpin,ish ish kalau dah lahir tahun 1919 maknanya umur 94 tahun.
Memang macam-macam ragam,ada yg tak mahu calit dakwat takut x keluar ada yg tanya awat kena calit dulu-dulu x ada, macam-macam sungguh tapi seronok.
kami yang bertugas bawa macam-macam tak mengharap pada makanan yang dijanjikan,siapa nak makan keluar gilir-gilir,terutama bila lepas zohor dah tak sibuk,apapun seronok.
Ingat bila dah habis kira boleh balik,rupanya x boleh kena siap bawa peti undi baru boleh keluar,ish ish memang telus macammana la yg dikata macam-macam tu.Bila kita terlibat barulah kita tahu situasi yang sebenar.