Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013



YA ALLAH UMMI BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN REZEKI-MU
 DITAHUN 2012,
YA ALLAH SEMOGA TAHUN 2013 KAU KURNIAKAN NIKMAT DAN REZEKI YANG BERTERUSAN.

PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SMKAK 2013

Alhamdulillah tadi siang dah selesai hantar Intan masuk SMKAK ,insyaallah Ummi yakin dan tawakkal Intan selamat dan selesa. biarlah untuk berjaya kita kena tempuh kesusahan.

Photo: majlis pendaftaran pelajar ting 1. pendaftaran terkini hingga jam 12 seramai 120 orang

Ahad, 23 Disember 2012

JOM MELANGKAU SEMPADAN

22 Disember 2012,Ummi sekeluarga ke Negara Gajah Putih,kawasan yg kami pegi mula2 Klong Ngek iaitu pasar pagi yang terletak lebih kurang 20 Km dari pekan Danok iaitu sempadan antara Thailand dan Malaysia.
Ha nak cerita pasal matawang Bath Thailand senang ja buang kosong belakang kalau 200 Bath kiranya RM 20 kita,kan senang.
Ummi masuk ke sana menggunakan boder pas sebab hanya orang yg alamatnya Kedah dan Perlis saja yg boleh guna boder pas kalau org negeri luar kena buat pasport antarabangsa.
Boder pas boleh buat sekeluarga  yg bilangan ahli tak lebih 6 org dan anak2 di bawah umur 15 tahun kalau lebih kena buat asingla, bayaran yg dikenakan cuma RM 10 ja,kita buat boder pas kat pejabat imegresen la.
Kebetulan time kami kat pemeriksaan kastam memang ramai maklumla kan sambung dengan Cuti Krismas.
Ha patah balik cerita pasal pasar Klong Hae ,kat sini terkenal dengan pasar bundel segalanya ada baju,kasut,cadar,pingan mangkuk tapi yg best pokok bunganya murah2 ,tapi problem kita x leh bawa balik ke Malaysia kalau ada tanah,kalau dapat kat kastam depa cabut bagi pokoknya saja, Ummi macam biasala pokok orkhid ,murah2
 
mana tak geram sepasu cuma RM 4

yg gantung besag tu baru RM 15 kalau kat sini mau 30-40 kan

Lepas kat situ terus p Hatyai ronda2 kat pekan tu ,selalu kami pegi kedai mainan,ini lagi satu anak2 pening nak pilih,bayangkan semua jual secara sepapan-sepapan tapi murah , kalau kat sini satu benda mainan jual RM 5 kat situ sepapan bolehdapat 500 Bath ,RM 5 la tu.Ummi beli banyak nak bagi kat anak2 buahla.

Ini kat Pantai Samila

\
Meneruskan perjalanan ke Wilayah Songkla, ha Ummi pegi dengan kenderaan sendiri sebab Suami dah biasa pergi so dah terro jalan kat sini ,dia orang selalu bike ,Ummi ini kali ke 4 masuk Thailand,Ini gambar kat Sarmila beach antara pantai yg selalu dikunjungi la, tak ada yg pelik semua ok ja sebab org bawa keluarga yg pelik2 ada sebelah Krabi.

Ini yg best,petang mula jam 5 cuma Hari Jumaat,sabtu dan ahad Floting market kat Klong Hae atau senang cerita Pasar terapung,semua meniaga kat dalam perahu,makanan ada yg muslim ada yg non muslim,bahasa tak paham lansung main tunjuk2 ja
bila kita nak bayar letak kat dalam bakul dia kasi makanan pun letak dalam bakul tu




kat belakang tu banyak bekas minuman 20 Bath duit kita RM 2,pilih nak air apa bekas yg mana bekenan lepas minum bawa balik terus x yah bagi balik, yg tak pernah pegi sure gila menghimpun bekas tu
Ini macam otaak2 la
kalau tengok floting market dari jambatan atas

ha ini yang best ada macam2 ulat goreng,lipas goreng

sapa tau nama apa ,ini namanya buah Paq Qau cantikkan Ummi beli tapi x lalu.........
Ini tut-tut kira macam teksi la, naik la kemana pun dalam kawasanla cuma bayar 20 bath



Ini kami naik Feri dari Wilayah Songkla nak balik ke Hatyai, kereta dan org cuma bayar 20 Bath
 RM 2 ja,kalau org jalan kaki free,kalau naik feri ni perjalanan lebih singkat,nak balik jalan darat pun boleh.........

Apapun perjalanan sehari bermula sesudah subuh melalui Bukit Kayu Hitam,Pekan Danok,Pekan Sadoa,Bandaraya Hatyai,Wilayah Songkla menyeronokkan,alhamdulillah sebelum pintu sempadan ditutup jam 12 malam kami dah lepas masuk Malaysia ,kali ni tak tidur tahun lepas kami pergi sampai Satun.

Nak try ,tryla takpa selamat insyaallah wilayah yg bergolak tempat lain.Selamat bercuti.










Rabu, 19 Disember 2012

ALHAMDULILLAH PMR 2012


ALHAMDULILLAH ANAKANDA SULUNG MENDAPAT 7A 1B,TAHNIAH BUAT GURU-GURU DAN WARGA SEK MEN KEB DATUK SYED AHMAD KUALA NERANG.

TAHNIAH SMKDSA SEKOLAH TERBAIK NEGERI KEDAH KATEGORI LUAR BANDAR .TIMBALAN PENGARAH JPN KEDAH MENYAMPAIKAN SLIP KEPADA MURID YG MENDAPAT 8A DAN 7A. 

SEK KLUSTER KECEMERLANGAN DATO SYED AHMAD KUALA NERANG,TERBUKTI SEKOLAH LUAR BANDAR JUGA MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YG BERJAYA.

SEBENARNYA DIMANAPUN SESEORANG ANAK KITA SEKOLAH, BUKAN ALASAN, SEBAB DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN.


Selasa, 18 Disember 2012

KEPUTUSAN PMR 2012

Tarikh Keputusan PMR 2012 Keputusan PMR 2012 Online @ SMS Pada 19 Disember 2012 (Hari Rabu Ini)?
Esok result PMR 2012 keluar, Ummi berdebar lagi,anaknda yang sulung pula menunggu resultnya, semoga berjaya, apapun dapat Ummi redha sebab dah usaha.
Semakan keputusan PMR 2012 boleh diambil di sekolah masing-masing pada 19 Disember 2012 selepas jam 10 pagi. Bagi kemudahan calon sejumlah 481,424 orang calon telah menduduki PMR 2012 di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara dan keluarga, semakan keputusan PMR juga boleh dibuat dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS)
Dikatakan tahun 2012 ni tahun last PMR,lepasni pakai sistem PBS,
Esok boleh SMS kat Sini

Semak Keputusan PMR 2012 Secara SMS

  • Taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888
  • Contoh: PMR BC001A040 hantar ke 15888

SEMAKAN PERMOHONAN SMKA 2013

Alhamdulillah berita gembira dan rezeki dari Allah,anaknda Intan Amni Farihah dapat sekolah yang dipohon iaitu SMKA Agama Kedah Mergong, tercapai hajat anak dan Ummi untuk ada anak sebagai warisan di sekolah SMKA tu.
Ummi adalah antara murid yg first guna SMKAK tu,kami berpindah setelah menumpang di SMK Tunku Anom,kami pindah tahun 1989,kami first koyak sarung plastik baru bantai n tilam baru,kami first guna segala kerusi,meja ,loker asrama baru.
Yang tak dapat dilupakan petang-petang kami dengan guru-guru menanam pokok-pokok buah yg dah besar2 di sekeliling sekolah tu, dah 20 tahun Ummi tinggalkan SMKAK tu, banyak kenangan dah ramai Ustaz dan guru yg kembali ke Rahmatullah,semoga ilmu dan jasa mereka menjadi bekalan dan roh mereka diRahmati Allah.

Kat sini ada link kalau tak check lagi ,semoga berjaya;
                 SEMAKAN SMKA 2013

Sabtu, 15 Disember 2012

TELUK NIPAH,PANTAI MERDEKA

13 dan 14 dis 2012 Ummi seisi keluarga semua berkemah dan berhomestay kat Teluk Nipah, alhamdulillah semua lima beradik,anak menantu,cucu2 ,mak dan ayah dapat berhimpun. alhamdulillah dapat homestay yg selesa kat situ, semua lengkap dari alat masak sehinggakan alatan tidur, bilik tidur dan bilik air memuaskan, yg bestnya time malam puak lelaki pakat diri khemah kat luar.
Seronok time berkayak,rezeki suami Ummi dapat tiket guna kayak Pusat KoKu Kedah sebab dia jurulatih.Time balik singgah kat pantai Merdeka kena pulak ABC Gunung Jerai ,Ya Allah tinggi ,besaq sorg mmg tak habis punya la.
Ummi n anak2

kemah puak adam

depan homestay RM250 ,complet n selesa

seronok tok dengan cucu2

mak kata tak pernah seumur hayat dia mula takut lastnya...........

setelah 20 tahun tak pernah berkayak akhirnya dapat jugak...............


Jeti tempat nelayan naikkan ikan ,Mak beli ikan campur2 sebakul RM10 ja


semua tak sabar nak kayak


ABC Gunung Jerai RM 4.00 kena share 3 org



Ahad, 9 Disember 2012

KAMPUNG FUN RIDE PADANG TERAP 2012

8 Dis 2012, bermula di Dataran Pekan Kuala Nerang menuju ke D"Belimbing Homestay berlansung kayuhan sejauh 15 KM yang dianjurkan oleh pihak pejabat Belia Kuala Nerang bersama Tourism negeri Kedah.
Majlis dirasmikan oleh Datuk Sri Mahawangsa Mahathir Khalid bermula jam 8.00 pagi. Peserta kayuhan memulakan acara dengan senamrobik ,kayuhan menuju Homestay D"Belimbing dimana orang kampung mengadakan sambutan dengan berbagai-bagai acara dan persembahan kebudayaan.
Ummi dan family terlibat samalah. Yang bestnya selepas acara ada jamuan yg dimasak orang kampung,tapi frust jugak sebab tak dapat lansung cabutan bertuah,tak ada rezeki .













Jumaat, 7 Disember 2012

BUBUR KACANG DURIAN

Petang kemarin,kawan2 suami mai rumah , pakat buat projek assiment yg nak dihantar,apa lagi meriah riuh rendah . Ummi buat bubur Kacang campur durian, macam2 makanan yg dibuat dan dibawa,last2 yg bestnya eletrik x ada air pun tak ada.
Rumah Ummi Sri Embun lapang dan luas itulah alasan mereka berhimpun disini .Ummi tak kisah kan  tetamu itu Pembawa Rahmat, sehinggakan ada hadis mengatakan jika dalam masa 40 hari tiada orang bertandang ke rumah kita ,kita pula dituntut bertandang ke rumah orang lain.

Dari Abu Suraih al-Adawi bahawa dia berkata, mataku telah melihat Rasulullah saw dan telingaku telah mendengar ketika dia telah bersabda dengannya. Sabdanya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan tempohnya. Mereka berkata, apakah tempohnya? Baginda bersabda, satu hari satu malam dan tempoh bertamu adalah tiga hari dan apa yang selepas itu maka dia menjadi sedekah dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata dengan baik atau diam.

Di dalam hadith ini ada 3 pengajaran:

1- hukum menawarkan diri sebagai tetamu adalah ( kita ckp kat orang tu kita nak datang rumah dia):
a) sunat kerana mengikuti sunnah
b) makruh jika terdapat sesuatu kesusahan
c) haram jika berlaku kemudharatan

2- hukum menerima tetamu adalah:
a) sunat kerana mengikut sunah
b) makruh jika memberi susah kepada diri sendiri dan tetamu
c) haram jika memberi kemudharatan kepada diri dan tetamu
d) wajib jika tidak menerima ia memberi kemudharatan kepada tetamu

3- tempoh meraikan tetamu adalah 3 hari dan selebihnya merupakan sedekah.



Kak Lily dok khusyuk pulun bubur kacang durian, cara nak buat macam bubur kacang biasa just letak durian,x payah letak sagu sebab pekat dengan isi durian




Bincang jangan tak bincang

Tak yah malu2 Kak Nim tengok kak Lily dok pulun tu

Ummi n Kak Nim n kak Lily yg riuh rendah

Sibuknya

Meriah Sri Embun di petang Rabu