Orang yang diundang ke majlis walimah sememangnya wajib memenuhi undangan tersebut berdasarkan beberapa perintah dari Nabi Sallallahu’alaihi Wa Sallam sendiri.
Nabi Sallallahu’alaihi Wa Sallam bersabda:
“Bebaskanlah tawanan,penuhilah undangan, dan jenguklah orang yang sakit”
[Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari]
“Apabila diajak seseorang daripada antum ke kenduri kahwin, maka
hendaklah dia menjghadirinya, dan barangsiapa yang meninggalkan
undangan, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya.”
[Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dari Ibn Umar, no. 5177]
Pandangan
kesepakatan tentang kewajiban ini disebut oleh para ulamak antaranya
Ibnu ‘Abdil Barr, Imam asy-Syafi’i, Imam Ahmad, Imam Ibnu Hazm, Imam
an-Nawawi, dan lain-lain.
Hukum
kewajiban ini dikuatkan lagi apabila mereka yang sedang berpuasa juga
diwajibkan memenuhi undangan majlis walimah walaupun dalam keadaan
berpuasa (berdasarkan pandangan beberapa ulamak yang membincangkan topik
ini). Para ulamak berbincang dengan berhujahkan sabda Nabi
Sallallahu’alaihi Wa Sallam:
“Apabila
salah seorang daripada kalian diundang untuk menghadiri jamuan makan,
hendaklah ia memenuhi undangan tersebut. Jika tidak sedang berpuasa,
hendaklah dia ikut makan, dan jika dia sedang berpuasa hendaklah dia
turut serta mendoakan” [Hadis Riwayat Imam Muslim]
Berdasarkan hadis sahih itu, jelas menunjukkan bahawa
menghadiri jemputan dan undangan kenduri perkahwinan
hukumnya wajib.
Bagaimanapun, kalangan ulama berpendapat bahawa hukum wajib itu bergantung kepada syarat-syarat tertentu.
Pertama: Yang menjemput atau mengadakan kenduri perkahwinan itu orang Islam.
Kedua: Orang yang dijemput adalah me-nyeluruh tanpa mengira bulu atau kedudukan, yakni tidak membeza-bezakan yang kaya dan miskin.
Ketiga: Jemputan ke majlis perkahwinan itu dibuat secara khusus kepada setiap orang bukan secara umum, sama ada dengan cara menemuinya, melalui kad jemputan atau melantik wakil untuk menjemputnya. Sekiranya jemputan dibuat secara umum seperti berkata atau membuat iklan menjemput penduduk sesuatu tempat itu ke majlis itu, maka tidak wajib menghadiri jemputan berkenaan.
Keempat: Pada lahirnya segala perbelanjaan untuk mengadakan majlis itu daripada wang yang halal.
Kelima: Tidak terdapat di majlis itu orang yang menyakiti orang yang dijemput.
Keenam: Tidak ada di majlis itu sesuatu yang mungkar seperti arak atau majlis tari menari yang haram.
Ketujuh: Tidak ada jemputan yang lebih awal daripada itu.
Kelapan: Tiada sebarang keuzuran yang menghalangnya hadir.
Kesimpulannya, hukumnya wajib atas setiap orang yang mendapat jemputan ke majlis kenduri perkahwinan untuk menghadirinya jika tidak terdapat satu daripada perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan syarat-syarat yang disebutkan.