29 Mei 2012, dari jam 10.00 pagi sampai jam 12.30 tengahari 3x Ummi berulang-alik ke Klinlik Kesihatan Pokok Sena untuk rawatan gigi Umairah.
Lawakla ........mula p terlupa mykid balik p , kali kedua p ,Umairah dengan penuh bergaya naik kat atas kerusi rawatan gigi,tup2 dia buat perangai tak mahu buka mulut, mula nangis, dari misi yg buat tup2 doktor gigi mai, habis segala attendent kat klinik masuk pujuk tak mau buka jugak,last2 Ummi dah jemu pujuk dan tunggu ,ummi ajak balik,
nak dijadikan cerita bila sampai kat rumah, Hubby Ummi tanya dah siap ka, siap apanya..............tak buat.....................
Umairah !!!!!!!!!!! jom, dengan muka masam macam buat setoi Umairah p, sampai kat klinik terus masuk, misipun heran,nganga punyalah besaq tak sampai 15 minit selesai,gigi dicabut.
Adoi anak............ dengan Ummi tak menjadi dengan ayah satu ayat saja............