Tengahari ni Ummi nak buat sambal ikan keli, semua family suka ikan keli teutama masak sambal, terinagt Ummi nak mencari apa khasiat ikan keli ,mai kita baca tengok na...............
1. penyelidikan yang dilakukan di negara ini beberapa tahun dulu
mendapati ikan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus(sedap
namanya) mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap
100g.jauh lebih tinggi daripada ikan salmon,mackerel atau trout.kadar lemaknya (9-12%)juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawar atau yang masin.
2.penyelidikan
oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat-mendapati ikan keli yang
diternak dan diberi makan pelet mempunyai protein yang baik.ianya sangat
baik untuk diet kesihatan kerana kaya dengan protein,Omega-3 serta
rendah kolesterol dan lemak tepu.
3.kajian daripada Persatuan
Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3
ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovaskular,gastrousus,sistem
peredaran dalam badan.pengambilan 1-2 sajiannya dalam seminggu seumpama
mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.
4.Asid lemak yang banyak
terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak.
"Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah
dan jantung.
5. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat
mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak
ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung,
6. Ia juga mampu
mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan
mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Ikan keli ini juga
baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan
DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih
daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras
serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa.
Huh boleh tahan khasiatnya yek, yang Ummi tahu selama ini keli sedap,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
tapi yg tak tahan meletupnya habis dapur berminyak2, ada petua kata letak asam keping, buat saja janji ikan keli sambal jadi kan...................