Selasa, 24 Mac 2020

Buat guru-guru

6 STEP UNTUK KEY IN AKPK/EPSA DLM SPLKPM
🌻🌻🌻🌻🌻🌻
1 - Buka web https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/ dan Tekan Modul Individu
2 - Log Masuk Individu
3- Klik Pembelajaran Kendiri
4-Klik E Pembelajaran + aktiviti
pilih EPSA/AKPK atau apa_apa
5 - Masukkan data yg diperlukan dan klik SIMPAN
6 - Maklum Dan Nanti SU SPLKPM /Ladap akan sahkan.. .
Done
Info Penting :
1 AKPK = 6 Mata Kredit
EPSA Ikut jam pembelajaran
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻ycyc
Buat guru-guru
Cara Nak buat Pembacaan Buku illmiah dan masukkan dalam  SPLKPM

6 STEP UNTUK KEY IN PEMBACAAN BUKU ILMIAH DLM SPLKPM
🌻🌻🌻🌻🌻🌻
1 - Buka web https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/ dan Tekan Modul Individu
2 - Log Masuk Individu
3- Klik Pembelajaran Kendiri
4-Klik E Pembelajaran PEMBACAAN BUKU(+ AKTIVITI)
5 - Masukkan Maklumat yg dibaca,buat sinopsis buku dalam borang yang dimuatturun ,klik SIMPAN
6 - Maklumkan Dan Nanti SU SPLKPM /Ladap akan sahkan.. .
Done
Info Penting :
1 buku= 6 Mata Kredit =1 hari
Maka buat 4 buku dah mencukupi maksimam mata kredit lebih 20
📗📘📙🖊️🖍️🖋️💻🖥️⌨️
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻ycyc

Buat guru-guru

Cara Nak Buat Webinar SPKPM....
6 STEP UNTUK KEY IN WEBINAR DLM SPLKPM
🌻🌻🌻🌻🌻🌻
🖥️🖥️🖥️🖥️🖥️🖥️
1 - Buka web https://splkpm.moe.gov.my/mn_pengumuman/ dan Tekan Modul Individu
2 - Log Masuk Individu
3- Klik Pembelajaran Kendiri
4-Klik WEBINAR_pilih tajuk,Klik sertai(tonton Dan lihat link ke YouTube),Klik kemaskini
5 - Klik SIMPAN,isi borang WEBINAR
(auto masuk sistem Kita)
6 - Maklum Dan Nanti SU SPLKPM /Ladap akan sahkan.. .
Done
Info Penting :
WEBINAR Mata kredit
Ikut jam pembelajaran
🖥️🖥️🖥️🖥️⌨️⌨️⌨️
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻


Assalamualaikum
Dunia sejagat dilanda musibah dengan tersebarnya Wabak Corona 19 yang pada mulanya berpunca dari Wilayah China iaitu di Wuhan. ianya merebak dengan pantas tanpa mengira batas usia dan latarbelakang. Pada mulanya kita hanya melihat dari siaran tv perkembangan wabak berkenaan dan akhirnya ianya merebak ke seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali.
Penyebaran wabak ini amat berkait rapat dengan Influenza yang pada mulanya tersebar di Malaysia.
Kini ianya menjadi penyakit dan wabak dunia. Setakat ini tiada penawarnya. hingga ke hari ini Malaysia mencatatkan ramai jumlah pesakit yang disahkan positif dan telah mencatatkan kematian 13 orang setakat hari ini.
Para petugas Kementerian Kesihatan Malaysia mengerahkan seluruh petugas dan menggunakan segala kepakaran dalam mendepani wabak ini. Pihak kerajaan sannggat menitikberatkan hal ini , penerangan dan peringatan senantiasa di buat melalui media sosial.
dan akhirnya kini Malaysia juga mengambil langkah yang sewajarnya apabila mengadakan
Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 mac sehingga 31 Mac 2020 bagi mengekang wabak ini berleluasa.
Semoga kita rakyat Malaysia  dapat mematuhi arahan yang dikeluarkan, ambil kesempatan ini untuk bersama-sama ahli keluarga. Para pekerja sektor awan dan swasta , pusat-pusat pengajian tinggi dan rendah, pusat ekonomi besar atau kecil ,berikanlah kerjasama untuk kebaikan kita bersama.


Ya Allah Ya Tuhan kami sekelian alam
Lindungi kami dari wabak ini
hanya Engkau Maha Mengetahui Segalanya





ASSALAMUALAIKUM
Baru nak menjengah di Tahun 2020 ini
Alhamdulillah

Selasa, 1 Januari 2019

Sabtu, 29 Disember 2018

Wasap saya 0194414226
Softcopy ...nanti Tuan puan cuma print saja...
Insyaallh ...

Sabtu, 8 Disember 2018

Bangkok, Phu Tet Boek Dan Aryanpratet

Alhmdulillh 30/11 hingga 5/12 perjln bersama kawan_kawan ke Bangkok mengambil masa 18 jam Dari Bukit Kayu Hitam.Bermalam Di hotel Bangkok.Esoknya ke tanah tinggi Phu Tet Boek bersempadan dengan Loas yg terkenal dgn aktiviti berkemah Di pinggir pergununggan untuk menikmati pemandangan Indah terbit matahari.Nak sampai ke sini kena melalui 111 selekoh menggunakan pacuan 4 roda.Alhmdulillah seronok.Seterusnya perjlanan 8 jam ke Aryanpratet sempadan Kemboja yg terkenal dgn tempat shopping kasut Dan beg.Wah seluas 6x Padang Bola nak ronda.maka sewa motor mok cun. Bermlm Di situ semalam.keesokan nya shopping lagi jam 5 ptg bertolak balik...huhu 27 jam perjlanan smpi balik Bukit Kayu hitam.huhu kebas lengoh mencabar xlarat nak Lena,nak karoke nak tengok movie.

Perjlanan menggunakan bas agent travel vvip exclusive lengkap segala. Syukur

Tq encik suami utk perjlanan Kita ini...

Ahad, 18 November 2018

Alhmdulillh 15.10.2018 anaknda Adli dah berkonvo Di PICC Putrajaya.Konvo UNIKL. Konvo UniKl sempoi relax santai.Cuma kena p awai settel semua. Syukur

Rezeki 2018

Dah settle semuanya.Alhamdulillah.
Dah hujung persekolahan 2018.syukur Banyak rezeki sepanjang 2018.Syukur Ya Allah.


Selasa, 4 September 2018

















Hai
lama tak bersiaran dah tak rajin...hehe bukan malas cuma tak rajin. Dulu tak ada facebook dan wassap maka blog tempatnya ,now dah macam-macam cara nak berkongsi kan.................

Selasa, 6 Februari 2018

Rabu, 31 Januari 2018

PERJALANAN KE JAKARTA

Hai
Ummi nak share jugak pejalanan ke Ibu Kota Jakarta yang Ummi jelajahi pada 8-11 Disember 2017 lalu.
Time ni tukaan mata wang Rupiah Sr juta bersamaan M310.00.
Perjalanan Ummi bersma group seramai 10 orang. Dengan congan kata misi redah sajalah, bukan misi shopping sangat saja nak tengok tempat orang.
Hati-hati dengan pak supir di sana,mulanya kami terkena juga, nasib belum buat apa-apa bayaran. tapi Allah tu adil dipertemukan dengan pak supir yang lebih baik dan syukur memudahkan dan memahami kemahuan kami.

kami sampai di airport sana ambik ja Teksi Blue Bird sebab hotel Dah booking. kami ambik Hotel Mustika Tanah Abang,hotel lama biasa ja kurangla selesa tapi dekat tempat shooping.







Kami rounda habis seluruh Jakata, Tanah Abang, Mangga Dua,Pasar Baru,Anchol apa lagi ha semualah kiranya,sebab kami dok di Jakata banyak hari.kami tak ke Bandung sebab insyaallah next trip.
kami p makan nasi padang, nasi solo ,bakso dan makanan iau, ok lah tapi tak sama nasi lemak kita tambah-tambah goreng ikan temenu panaih-panaih hehe.

kami lihat kehidupan kota ini dari segala segi, seperti yang digambarkan,  yang susah yang kaya segalanya.
Bersyukurlah kita di bumi Malaysia, makan,pakai ,tempat tinggal,persekolahan anak-anak teratur dan diuruskan segalanya dengan sempurna.
kami adalah shopping,tempat yang paling best di Tanah Abang ja, yang lain tak payah p la. tanah Abang dah mencukupi segalanya ada. 12 tingkat huh tak larat nak jalan. Tak larat nak pilih. hang cari aku aku cari hang letih,takut hilang ,manusia ramai. tapi seronok dahla tak ketahuan dengan duit berjuta-juta huhu seonok.
Kat sini telekung,kain sulam segala komplet ,beli sini ja kami rounda rata last-last patah balik sini.
T-shit jakata ada jual kat jalan-jalan bawah ja, murah boleh dapat duit kita sehelai RM5. Key chin kena p cari dekat menara Monas.Ha sini segala murah.
Insyaallah tak takutla semuanya selamat, cuma hati-hatilah dengan beg duit kita, kat mana pun serupa kan.
Ha peringatan jangan lupa bawa dan pakai mask ataupun bawa ja tutup muka yang kita pakai p umrahtu, di sana sesak ramai, udara kurang segar. Makananpun tengok tempatla nak beli tu.kami bawa bekalan biskut ,roti dan  sambal bilis kak lela diambil pegawai airpot entahla tak ada rezeki ,tak tau apa yang tak kenanya.

Ok cukup selamat berjalan sapa yang nak p Jakarta ,insyaallah selamat.
Nanti kita p lagi

Syukur Allah
Tq encik sayang suamiku melepaskan aku berholiday





HAI
Assalamualaikum

Dah lama Ummi tak update Sri Embun, pagini 31 Januari dihujung bulan Januari 2018 baru berkesempatan.

Rindu, ya ,rindu pada semua yang baik-baik.
Rindu, ya, rindu pada yang merindui ku
Rindu, ya, ishhh dahsyatnya penangan rindu kan
Rindu, ya, rugilah orang yang tak pernah merasainya
Rindu, ya, rindukah ia juga pada ku, hehe rindu saja..........

Sebarkan kasih sayang semua
tak rugi, sayanglah ,
rindulah sementara kita berkesempatan dan diberi peluang.
jangan tunggu dan biarkan ianya berlalu pergi.

Eh rindu kat sapa ni ??????????????

Cataran rindu'
31012018




Khamis, 17 Ogos 2017


TIANG DI DALAM RAUDHAN MASJID NABAWI


Ada 8 tiang di dalam Raudah Masjid Nabawi...
1.tiang wangi: Rasulullah meletakkan wangian di tiang ini
2.tiang Aishah: Aishah selalu disitu dan antara tempat yang paling mustajab doa
3.tiang taubat: Rasulullah selalu solat taubat di sini
4.tiang Katil:Dekat tempat tidur Rasulullah
5.tiang Ali: Saidina Ali selalu Bersandar disitu
6.tiang perwakilan: tempat perwakilan dtg bertemu Rasulullah
7.tiang maqam jibril: tempat jibril bertemu Rasulullah
8.tiang tahajjud:tempat Rasulullah selalu bertahajjud
DOA Nabi Muhammad SAW yg diajarkan buat Muaz bin Jabal..
"Ya Allah tlg aku mengingatiMu
Agar menjadi hambaMu yang baik.'


sumber
Rancangan LABAIKALLAH
TV AL HIJRAH
16082017

Jumaat, 19 Mei 2017

PULAU BIDAN

Percutian keluarga ke pulau Bidan
Kalau tengok dari pantai Merdeka kita akan nampak 4 buah ulau, mengikut susunan dari kiri Pulau Bidan ,Pulau Telur,Pulau Songsong Dan Pulau Bunting.
Perjalanan 45 minit menaiki bot yang disewa dari pengkalan Sungai Udang di Yan.
Semua barang keperluan perlu dibawa.
Menyeronokkan.