Ahad, 9 Disember 2012

KAMPUNG FUN RIDE PADANG TERAP 2012

8 Dis 2012, bermula di Dataran Pekan Kuala Nerang menuju ke D"Belimbing Homestay berlansung kayuhan sejauh 15 KM yang dianjurkan oleh pihak pejabat Belia Kuala Nerang bersama Tourism negeri Kedah.
Majlis dirasmikan oleh Datuk Sri Mahawangsa Mahathir Khalid bermula jam 8.00 pagi. Peserta kayuhan memulakan acara dengan senamrobik ,kayuhan menuju Homestay D"Belimbing dimana orang kampung mengadakan sambutan dengan berbagai-bagai acara dan persembahan kebudayaan.
Ummi dan family terlibat samalah. Yang bestnya selepas acara ada jamuan yg dimasak orang kampung,tapi frust jugak sebab tak dapat lansung cabutan bertuah,tak ada rezeki .













Jumaat, 7 Disember 2012

BUBUR KACANG DURIAN

Petang kemarin,kawan2 suami mai rumah , pakat buat projek assiment yg nak dihantar,apa lagi meriah riuh rendah . Ummi buat bubur Kacang campur durian, macam2 makanan yg dibuat dan dibawa,last2 yg bestnya eletrik x ada air pun tak ada.
Rumah Ummi Sri Embun lapang dan luas itulah alasan mereka berhimpun disini .Ummi tak kisah kan  tetamu itu Pembawa Rahmat, sehinggakan ada hadis mengatakan jika dalam masa 40 hari tiada orang bertandang ke rumah kita ,kita pula dituntut bertandang ke rumah orang lain.

Dari Abu Suraih al-Adawi bahawa dia berkata, mataku telah melihat Rasulullah saw dan telingaku telah mendengar ketika dia telah bersabda dengannya. Sabdanya, sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya dan tempohnya. Mereka berkata, apakah tempohnya? Baginda bersabda, satu hari satu malam dan tempoh bertamu adalah tiga hari dan apa yang selepas itu maka dia menjadi sedekah dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia berkata dengan baik atau diam.

Di dalam hadith ini ada 3 pengajaran:

1- hukum menawarkan diri sebagai tetamu adalah ( kita ckp kat orang tu kita nak datang rumah dia):
a) sunat kerana mengikuti sunnah
b) makruh jika terdapat sesuatu kesusahan
c) haram jika berlaku kemudharatan

2- hukum menerima tetamu adalah:
a) sunat kerana mengikut sunah
b) makruh jika memberi susah kepada diri sendiri dan tetamu
c) haram jika memberi kemudharatan kepada diri dan tetamu
d) wajib jika tidak menerima ia memberi kemudharatan kepada tetamu

3- tempoh meraikan tetamu adalah 3 hari dan selebihnya merupakan sedekah.



Kak Lily dok khusyuk pulun bubur kacang durian, cara nak buat macam bubur kacang biasa just letak durian,x payah letak sagu sebab pekat dengan isi durian




Bincang jangan tak bincang

Tak yah malu2 Kak Nim tengok kak Lily dok pulun tu

Ummi n Kak Nim n kak Lily yg riuh rendah

Sibuknya

Meriah Sri Embun di petang Rabu


Isnin, 3 Disember 2012

APOM NASI

Harini Ummi mencuba lagi, selalu dok makan ja,cari resepi kat blog org yg terror last2 jadi jugak la,tapi x merekah la,Ummi suka kalau yg merekah tu, kira ok la ,rasa semua cukup.

BAHAN YG uMMI GUNAKAN :
3 cwn tepung beras
2 cwn tepung gandum
1 peket yis muriffan
2 cwn nasi
3 cwn air

CARA BUATNYA
Nasi dan air diblender
Yg lain campurkan saja
Diperap selama 2 jam

Kukus 15 minit jadi le..........


Sabtu, 1 Disember 2012

KENDURI KESYUKURAN

Alhamdulillah selesai sudah hari ini ,kenduri Anak cucu Hj Salleh Derani.Makanan semua yg dibuat ramai2 ummmmmph,gulai batang pisang dengan kambing,pajeri nanas,ulam ulaman,serawa labu ha, Ummi nak kongsi cara nak pilih labu yg sedap untuk dibuat serawa pilihlah yg tampuknya kecil pasti isinya halus dan gebu. Sedap yg amat2 yg paling best bertemua semua sanak saudara.
semua anak2 saudara dan anaknda Intan

Ummi bersama ipar dan biras

makannan dah terhidang

kambing bekkkkkkkkkkkkk

ha ini gulai kambing dan batang pisang org Kedah kata riah pisang

serawa labu bahanya labu,gula merah,gula putih,sagu,daun pandan, rebus naik terus

Time nak kupas labu yg teruk bila makan sedappppppppppp


Tujuan kenduri hari ini adalah untuk tahlil arwah Bonda Embun Abdullah dan meraikan kejayaan cucu2 Hj Salleh yang seramai 4 orang dah berjaya dalam UPSR 2012 dengan kesemuanya dapat 5A.
Alhamdulillah syukur Allah.


Jumaat, 23 November 2012

KENAPA PERLU BERKHATAN


Musim cuti sekolah dah bermula,ramai yg ambil kesempatan untuk buat Majlis Kenduri Khawin dan yang meriahnya juga Majlis Berkhatan, dibuat semeriah kenduri kahwin,siap berarak ada bunga2 telur,berzanji dan marhaban, sempena bulan Muharram juga.

Kenapa kita perlu berkhatan atau bersunat kalau anak2 dan org bukan Islam bertanya, ummi tertarik di Majlis Masjid Negara temphari dalam ramai Orang Islam ada 2 orang yg bukan Islam join berkhatan sama,maknanya mereka dah tahu dan percaya kenapa perlu khatan.

Dalam Islam, berkhatan bermakna memotong lebihan kulit kemaluan bagi mengelakkan ia menutupi keseluruhan kemaluan.
Tujuannya pula bagi memastikan kemaluan seseorang itu bersih daripada kekotoran yang terhasil di bawah lebihan kulit berkenaan.

Dalam kaedah sains perubatan pula, berkhatan bermaksud membuang lapisan kulit yang membalut bahagian depan alat kelamin lelaki yang disebut ‘Qulfah’ kerana lapisan ini mengandungi najis dan lebihan alat kelamin lelaki.

Kekotoran itu pula mampu menyebabkan seseorang lebih mudah mengalami keradangan dan penyakit berjangkit berpunca daripada hubungan seks.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui Program HIV/Aids Bersama Bangsa-bangsa Bersatu dan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) juga mendapati berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan virus HIV.

Ia mungkin disebabkan kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal berbanding lelaki tidak berkhatan dan ia dapat mengurangkan kemungkinan kulit melecet atau tercedera ketika melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun perlu diingat, lelaki berkhatan tetap mempunyai peluang tinggi dijangkiti virus HIV atau virus penyakit kelamin lain jika mengadakan hubungan seks dengan pasangan yang ada virus berkenaan.

Berdasarkan Persatuan Pakar Pediatrik Amerika, jika tidak berkhatan, seseorang lelaki itu perlu menarik lebihan kulit (kulup) itu ke belakang sehingga mendedahkan hujung zakar. Ia bagi membolehkan kemaluan dibersihkan setiap hari.

Jika tidak dilakukan, sel kulit yang mati akan terkumpul lalu membentuk kekotoran.

Pakar perubatan berpendapat kulit kulup inilah yang mungkin menjadi punca jangkitan saluran kencing sehingga menyebabkan keradangan.

Justeru, berkhatan adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan ini, terutama bagi kanak-kanak lelaki yang mempunyai masalah buah pinggang.

Malah, hasil kajian juga mendapati kanak-kanak lelaki yang berkhatan mempunyai masalah jangkitan saluran kencing lebih rendah berbanding kanak-kanak tidak berkhatan. Masalah zakar seperti keradangan, kerengsaan dan jangkitan sangat kerap berlaku di kalangan lelaki tidak berkhatan.

Menurut Pakar Perunding Kanan Perubatan Keluarga (Kesihatan Lelaki), Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Shaiful Bahari Ismail, berkhatan pada masa kini bukan saja dilakukan oleh umat Islam, malah mula dilakukan oleh masyarakat bukan Islam, termasuk di Barat.

Katanya, ini kerana mereka mendapati proses berkhatan menjadikan kemaluan mereka lebih bersih dan mudah dijaga.

“Di dalam Islam, berkhatan memang dituntut dan jika kita lihat kenapa ia dituntut, ia sememangnya berkait dengan soal kesihatan.

“Kajian sains perubatan sendiri mengesahkan berkhatan mengurangkan risiko jangkitan HIV dan menjadikan kemaluan seseorang lebih bersih,” katanya.

Shaiful berkata, walaupun kaedah rawatan membabitkan operasi pembedahan kecil sama ada secara tradisional ataupun moden, evolusi rawatan pada masa kini menyebabkan berkhatan semakin mudah dan paling utama kurang menyakitkan.

Namun yang pasti, katanya berkhatan menerusi kaedah tradisional atau moden adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan.

sumber : Metro

Isnin, 19 November 2012

RESULT UPSR 2012

Alhamdulillah harini 19 Nov 2012 jam 10 pagi result UPSR 2012 keluar.Ummi punya la seram sejuk nak p sekolah sedangkan Intan dah tak sabar2 nak p sekolah, 
Syukur Intan dapat 5Amemang Intan dapat sebab Ummi dah tengok sebab memang pulun sakan. Terutama Cikgu2 SKWAS ,tahniah pada semua tanpa pulun cikgu2 tak kemana jua.
Syukur Ya Allah ''Kerana Ku ada _MU".



Jumaat, 16 November 2012

AMALAN SUNAT BULAN MUHARRAM


Jom kita cuba amalkan mana yg boleh ,sekurang-kurangnya yg boleh kita buat untuk diri kita sendiri, tak payah persoalkan fadhilat dan apa yg akan kita dapat,kan kita hamba yg hanya patuh tak ada rugi membuat amalan kebaikan takperlu tanya apa yg akan kita dapat, benda yg baik diamalkan tak salah tak payah nak tanya mana sumber dan matan,kalau taupun kita banyak yg tak tau

Antara amalan yg sunat dilakukan pd bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya padatahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  13. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sumber: Berita Harian online

Rabu, 14 November 2012

1 Muharram dan Maal hijrah


Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[1]
Di Malaysia hari tersebut merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.
Esok 1 Muharram 1434 H,walaupun kita bercuti perbanyakkanlah selawat agar dirahmati Allah kehidupan di tahun baru ini.
Temanya" Wassatiyyah tunggak Kesatuan Ummah", apa makna Wassatiyyah jom kita cari dan selaminya

Sebelum tu amalkan di akhir waktu asar" DOa Akhir Tahun "
doa akhir thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah

Doa Awal Tahun Hijrah
Ini adalah cara membaca doa awal tahun hijrah. Dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Barang sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata: “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
doa awal thn0 Cara Membaca Doa Akhir Tahun Hijrah dan Doa Awal Tahun Hijrah



Ahad, 11 November 2012

AKTIVITI TIME SCHOOL HOLIDAY

Antara web yg kita boleh dapat macam-macam kat sini ada,
klik kat sini : macam-macam ada 

Sabtu, 10 November 2012

KETAYAP OH KETAYAP

Pagi ni ummi dok cari nak buat apa utk sarapan ,maklumlah school holiday so bolehla lambat-lambat, last2 teringin rasa nak buat ketayap.Pulun la buat ,okla boleh makan jugak akhirnya.



Bahan kulit : 1cwn tepung gandum,1 stgh cwn air campur daun pandan,secubit garam,telur sebiji,letak minyak masak secamca.
Bahan inti : kelapa parut yg muda campur gula yg dihanguskan ,gaul hingga rata.
Ummi nak habag adunan ni dapat sepuluh biji ketayap yg comel2.

Lenggangkan dalam kuali dan selamat mencuba 

Khamis, 8 November 2012

Cara membuat bunga daripada kertas



JOM BUAT DGN ANAK2

CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2012


START 9 NOVEMBER HINGGA 31 DISEMBER 2012.
BESTNYA START CUTI, HA MACAM2 PROJEK DALAM KEPALA UNTUK DIBUAT BERSAMA KELUARGA, SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR.

BUAT IBUBAPA CARI BENDA BERFAEDAH BUAT ANAK2 JANGAN BIAR KOSONG SAJA,IKUT MINAT ANAK2.KALAU YG HANTU BUKU CARI DAN BOLEH BAWA KE PERPUSTAKAAN, KALAU YG MINAT BERKEBUN AJAK BERKEBUN,SESEKALI AJAK MENJAHIT BENDA2 SIMPEL,KALAU KITA IBUBAPA X PANDAI, GUNAKAN KEMUDAHAN YG ADA CARI DEKAT YOUTUBE SEMUA ADA AJAR, TAKPUN JUST PRINT COLOURING KAT ANAK2 BANYAK KAT WEB2 FREE,GAME MINDAPUN ADA BANYAK JGN ASYIK GAME YG MELALAIKAN, TIME SOLAT KENA JAGA,BUAT YG LELAKI AYAH2 BAWALAH BERJEMAAH DI SURAU DAN MASJID BERHAMPIRAN.

MUSIM SEKOLAH WALIMATUL URUSPUN BANYAK.MEMANGLA TAK LARAT NAK MAKAN KALAU SEHARI ADA LEBIH DR SATU RUMAH,TAPI YG PENTING KEWAJIPAN MEMENUHI UNDANGAN KAN.

OK SELAMAT BERCUTI WALAUPUN BERDEBAR UPSR 19 NOVEMBER 2012 NI,APAPUN KITA TERIMA KETENTUANNYA.

Khamis, 1 November 2012

PERKHEMAHAN KAT SKTJ

Harini ada perkhemahan kat sekolah, okla walaupun hanya dari pagi sampai petang , sekurang-kurangnya ada juga pengalaman anak2 macammana berkhemah.Nak bermalam tak sempat dengan kesuntukan masa , apapun enjoy semuanya
 





Selasa, 30 Oktober 2012

LEGA LEPAS TEMUDUGA

Harini sebenarnya Ummi ada temuduga SPA, adoi baca punya baca last2 tah apa2 dia tanya,punya la Ummi boring, tapi biag la apapun dah lepas takkan tak lulus kot, 
Insyaallah ..........
Tapi lega banyak balik dr situ Ummi makan n tidog sakan ha ha,lega

 macam sleeping beauty lah katakan

DOWNLOAD TULISAN YG COMEL2


Ummi dah lama dok tengok tulisan cantik2,yg x ada dlm ms word, rupa2nya kita boleh download
1. Ummi cadangkan  web DAFONTKEVIN AND AMANDA dan FONTSPACE dan  mediafire.com

2. Pilih font yang kita  nak.. Then Download

3. Lepastu, bila dah dowload.. klik kat perkataan  EXTRACT file tu..


4.  Bukak file yang kita dah extract tadi. Then ade kan truetype font..Then, right click n Install!
5. Lepastu ada automatik kat list forn kita dlm ms word

Cuba try
Habibah binti Omar

Isnin, 29 Oktober 2012

FALSAFAH PENDIDIKAN


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN :
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM :
Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.

Rabu, 24 Oktober 2012

PUASA SUNAT ARAFAH

JOM PUASA SUNAT ARAFAH, IANYA DATANG HANYA SEHARI DAN SEKALI DALAM SETAHUN.
KAIFIAT DAN FADHILATNYA  AMATLAH BESAR.

klik link  :http://malaysianbite.blogspot.com/2012/10/fadhilat-puasa-sunat-arafah.html

Khamis, 18 Oktober 2012

HAJI 2012

MUSIM HAJI TIBA LAGI,KERINDUAN YG TAK DAPAT DIBENDUNG, TIAP KALI MENYEBUT,MELIHAT DAN MENDENGAR MENGENAI HAJI AIR MATA DAN SEBAK DI DADA TAK DAPAT DIBENDUNG. INILAH RINDU RUPANYA,WALAUPUN DAPAT MELIHAT,MENDENGAR TAPI TAK PERNAH LUPUS RINDU INI. YA ALLAH BERSYUKUR KERANA DIBERI PELUANG MENJADI TETAMU-MU, DAN SENTIASA BERHAJAT UNTUK MENGUNJUNGI-MU LAGI.


SUMBER EN JAZMI JAMALUDDIN
http://www.facebook.com/groups/113719205368264/




 DATARAN MAKKAH
  
FAIRMONT CLOCK TOWER
                             

ARAFAH

 
JAMRAH DI MINA
 

MASJID MAKKAH
 
KHEMAH DI MINA
                                                     

Khamis, 11 Oktober 2012

UMMI DEMAM LAGI

Mana tak demam, anaknda yang sulung muhammad Adli minggu ni start PMR nya, bila tanya boleh buat dak,senyum.............. ..boleh.............
Harap2 betul2 boleh
Ya Allah berikan idea dan ihlam yang bernas untuk anakku..............

TEMUDUGA SPP DG 41

Ahamdulillah semalam Ummi online dan dapat keputusan untuk interview 30 octeber ni, Ya Allah berdebar dah lama tak menghadiri apa2 interview, buat rakan2 semua boleh check kat sini, yang dah lama menunggu akhirnya buah durianni jatuh jugak..............

KLIK SEMAKAN ONLINE  SPP BUAT KENAIKAN DG 41

Khamis, 4 Oktober 2012

HAC 2012



LEGA DAH SELESAI........



MPIP K15 1992-1994

RINDUNYA INGAT SAAT INI,BILALAH DAPAT BERIUH RENDAH MACAM DULU2
    Photo: Salam.. khas Sahabat K15. Apa khabar semua. semoga sihat walafiat. Dah cukup korum belum nak bt perjumpaan. cuba chek sapa yg x dak..fauzi dah jumpa tapi dia mau kwn lg dgn saya..hu hu

   

Isnin, 1 Oktober 2012

BAHAN UNTUK PROGRAM PENDIDIKAN ISLAM PASCA UPSR 2012

1.PROGRAM CELIK AQIDAH:
TAJUK :
  1. RUKUN ISLAM
  2. RUKUN IMAN
  3. SIFAT-SIFAT ALLAH     
( paparan lengkap dan mudah difahami para pelajar )

KLIK DISINI BAHAN CELIK AQIDAH

TQ SUMBER