Selasa, 23 September 2014

ADAB DENGAN GURU

Sana-sini orang menyebut tentang guru, guru garang,guru zalim,guru tak peka,guru pemalas,tapi ingatlah semua kita belajar dari guru,kita berjaya juga kerana guru,kita cerdik juga kerana guru, berpada -padalah menyebut tentang guru.


JOM KITA BACA TENTANG IMAM HANAFI YANG SANGAT MENGHORMATI SESEORANG YANG DIANGKAT MARTABATNYA SEBAGAI GURU WALAUPUN IA SEORANG YAHUDI.

"Tuan guru, bukankah lelaki itu bangsa Yahudi?mengapa tuan begitu hormat kepadanya hingga berdiri bila menyambut kedatangan?,"tanya salah seorang anak muridnya. 

"Dia guru saya kerana itu saya menghormatinya,"jawab Imam Hanafi. 

"Apakah tuan pernah berguru dengan lelaki Yahudi itu,"tanya seorang lagi dengan rasa hairan. 

Menurut Imam hanafi suatu hari dia hendak mengetahui bilakah masa seekor anjing itu cukup umurnya? . Kebetulan lelaki Yahudi banyak memelihara anjing. Lalu beliau bertanyakan perkara itu. 

"Lelaki itu memberitahu saya, seekor anjing itu cukup umurnya apabila sudah kencing berdiri. Sesiapa sahaja yang mengajar saya walau satu ilmu , dia adalah guru saya,"kata Imam Abu Hanifah.

Menurut Imam Abu Hanifah lagi , beliau berguru seramai kira-kira 4,000 orang, 200 diantaranya adalah ulama dan 7 orang sahabat rasullulah . Antara mereka adalah Anas bin malik, Abdullah bin Abbas,Abdullah A'raj, Amru bin Dinar,Thalhah bin Nafi', Nafi' Maula Ibnu Umar,Qotanah bin Di'amah,Qois bin Muslim, Abdullah bin Dinar,Hamad bin Abi Sulaiman,Abu Ja'far al-Baqir,Ibnu Sihab az-Auhri, Muhammad bin Munkandar, dan masih ramai lagi ulama terbilang yang pernah menjadi gurunya. 

"Diantara guru-guru itu siapakah yang paling tuan sayang?tanya seorang pelajarnya. 

"Semua guru saya sayang dan hormat. Tetapi yang paling saya kagum adalah guru yang menjadi sahabat nabi Muhammad saw seperti Abdullah bin Abbas,Abdullah bin Mas'ud dan ain-lain lagi.Mereka mendapat didikan langsung daripada Rasullulah saw,"jawab Imam Abu Hanifah. 

"Bagaimana pula dengan Imam Hammad?,"tanya yang lain pula. 

"Beliau guru saya yang paling rapat,"jawab Imam Abu Hanifah. 

Kemudian katanya lagi,"Saya pernah dijemput datang ke Kota Basrah bagi satu majilis ilmu . Guru saya Imam Hammad sangup menemani saya. Sebelum sampai ke sana saya yakin dapat menjawab apa sahaja soalan yang dikemukan orang ramai. Tetapi saya silap.Apabila ditanya suatu masalah mengenai ilmu fikah saya tidak dapat menjawabnya. Mujur guru saya , Imam Hammad yang mahir dalam ilmu fikah ada bersama. Melalui dia saya dapat menjawab soalan itu. Semenjak itu saya tidak mahu berpisah dengan Imam Hammad selama 10 tahun bagi mempelajari ilmu fikah."

"Tuan guru , berilah kami nasihat,"kata Ibnu Hajar pula. 

"Ilmu Allah itu amat luas. Sekiranya air laut dijadikan dakwat dan daun-daun kayu dijadikan kertasnya pasti tidak cukup bagi menulisnya. Kerana itu kita perlu terus menuntut ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad,"kata Imam Abu Hanifah.

Kemudian dia memberi nasihat kepada anak-anak muridnya supaya menuntut ilmu sebanyak-banyaknya dan jangan berpuas hati cuma dengan sedikit guru. 

Selesai mengajar , Imam Abu Hanifah pergi ke kedainya. Dilihatnya lelaki Yahudi itu masih berada disitu menunggu kedatangannya. Dengan wajah gembira,dia menunjukkan baju yang hendak dibelinya. 

"Saya berkenan dengan baju ini dan mahu memakainya. Tetapi saya tidak cukup duit bagi membelinya,"kata lelaki Yahudi itu. 

Imam Abu Hanifah mengambil baju itu lalu menyerahkannya kepada lelaki yahudi itu sambil berkata,"Saya hadiahkan baju ini kepada tuan yang pernah mengajar saya satu ilmu."

"Saya sendiri sudah lupa apakah ilmu yang pernah saya ajarkan kepada kamu?,"kata lelaki yahudi itu pula. 

"Mengenai bilakah cukup umur bagi seekor anjing . Tuan mengatakan apabila anak anjing itu pandai kencing berdiri. Bagi saya itu satu ilmu dan tuan adalah guru saya walaupun mengajar satu ilmu,"jawab Imam Abu Hanifah. 

"Sekiranya begitu, giliran saya pula berguru dengan kamu. Mulai esok bolehkah saya menyertai orang ramai bagi mendengar ajaran kamu,"tanya lelaki Yahudi itu pula. 

"Boleh....,"jawab Imam Abu Hanifah. 

"Cuma saya bimbang dimarahi orang ramai kerana belum islam,"kata lelaki Yahudi itu. 

"Saya akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai kehadiran kamu. Usah bimbang kerana tiada siapa yang akan menggangu,"kata Imam Abu Hanifah pula. 

Lelaki Yahudi itu gembira dan berjanji akan datang mendengar majlis ilmu yang disampaikan Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah juga gembira sambil berdoa kepada Allah semoga lelaki Yahudi itu mendapat hidayah . 

Petikan : 
Buku "Imam-Imam yang Benar"
Halaman 104-105