Isnin, 21 Julai 2014

KEK COKLAT LEMBAB

KEK COKLAT MOIST & TOPPING
Share :  Resepi Ummi 
1) RESEPI KEK:
Bahan A:
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
Bahan B:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan C:
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)
Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan.
2. Satukan semua bahan A kedalam periuk, kacau hingga sebati & masak menggunakan api kecil. Setelah mendidih, matikan api & sejukkan.
3. Pecahkan telur kedalam mangkuk & pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla kedalam telur tadi. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan Bahan B (telah diayak) & kacau lagi hingga sebati.
5. Tuang adunan dalam bekas/loyang. Tutup bahagian atas bekas guna aluminium foil (atau ikat dengan beg plastik). Untuk pastikan wap air tak masuk dalam adunan kek.
6. Kukus selama 1jam dengan api sederhana. (*pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu. *masa memasak bergantung kepada ketebalan kek)
7. Setelah cukup masa, cucuk bahagian tengah kek guna lidi (untuk periksa samaada kek betul2 masak atau tidak.) Boleh tambah masa memasak jika kek belum masak. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum meletakkan topping coklat.
2) TOPPING COKLAT
Bahan-bahan:
1 cawan koko
1 cawan susu pekat
2 sudu besar butter
Cara:
1. Satukan semua bahan. Masak kesemua bahan atas api perlahan & kacau sentiasa.
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yang sejuk
3. Taburkan choc rice diatas topping coklat (jika mahu)
*Admin buat dalam bekas plastik supaya senang. Nak makan, guna sudu boleh makan terus. Tak perlu potong.